Friday, November 30, 2012

4th Maternity & Children Expo, Midvalley.



InsyaAllah akan ke expo ni untuk pertama kali. Kalau sempat sampai hari ni, hari ni lah kitorang mula pergi. Kalau tak, maybe esok DAN lusa. DAN okayyy. DAN. Bukan ATAU. Heee.

Excited jugak bila nak start membeli barang keperluan baby. Dua hari asyik mengadap list dan buat research sikit kat many blogs yang share experience pergi expo macam ni. So senang sikit nak expect what it will look like, right? And senang nak compare harga barang kat expo, online, and kat kedai. So thank you to all mommies out there yang share banyak info sangat berguna. InsyaAllah, lepas ni saya akan share my own experience pulak. 

Happy shopping ! :)

Wednesday, November 28, 2012

Kluang outdoor.

Kalau dah nama Kluang kan, tak sah lah kalau tak amek gambar kat railway ni kan? ;p. Actually outdoor ni kitorang buat on the next day after reception. Baju pun recycle je yang reception punya. Hihi. Pepagi lepas breakfast dengan family & sanak saudara kat rumah, kitorang terus shoot ke stesen keretapi Kluang. Lepas dah habis shoot semua, pekena kopi Kluang & roti bakar kat railcoffee yang famous amos kat situ.










Soalan cepu emas: Agak-agak sekarang ni suami larat lagi tak nak angkat mak buyung ni macam gambar kat atas tu? Tehehehehehe ;p

All photos credit to Nodee Ghani Pictures ! Thank you Nodee! ;)

Fakta menarik tentang kelahiran.

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

Tuesday, November 27, 2012

100 days.

Ce tengok kat sebelah neh ------->

Ok kalau tak nampak boleh tengok gambar bawah ni je. Hihi. ;p


100 days to go ! 

Wah pejam celik pejam celik. Tak lama lagi. Sungguh, terasa cepatnya masa berlalu. Semoga semuanya dipermudahkan. Ameen. :)

Roti Puri ohsem !

Masa saya balik ke Kluang hari tu memang tak lepaskan peluang lah ajak parents breakfast roti puri. Sebabnya bukan senang nak jumpa. Hampir setahun di utara ni belum pernah lagi saya jumpa orang jual roti puri. Memang kalau nak breakfast tu kalau tak roti canai, nasi lemak. Kalau tak nasi lemak, roti canai. So bila dah balik Kluang, memang saya mintak je makanan yang saya duk teringin tapi tak dapat kat sini. Hihi. ;p


 Roti puri kat kedai ni garing ! Best best.


Monday, November 26, 2012

Check up 25 weeks.

1) Minum air gula.

Disebabkan masa check up yang lepas, berat badan naik mendadak, nurse suruh saya minum air gula minggu ni. Dan disebabkan kena minum air gula, saya harus puasa dari pukul 10 malam sebelum hari nak minum air gula tu. Tak boleh makan apa-apa, cuma boleh minum air kosong saje. 

Pagi tu saya disuruh datang awal sebab takut ramai orang. So pukul 8 pagi saya dah terpacak kat depan KK. Alhamdulillah, dapat turn pun awal. Maksudnya, pepagi tu saya sarapan air gula je lah. Sebelum tu kena ambil darah dulu. Nurse dah siap-siap bancuhkan air gula suam. Rasa air gula? Dah nama pun gula kan, sangat maniss u olls ! Tapi alhamdulillah, takde lah saya rasa sampai nak muntah. Saya teguk sikit-sikit, lepas tu nurse tegur suruh habiskan cepat-cepat. Baiklah, nurse. Saya pun terus teguk, habiskan air gula tu. Pastu baru terasa macam loya-loya sikit, tapi tak sampai muntah. Lepas azab, hihi. Syukur. Kena ambil darah lagi sekali lepas 2 jam minum air gula.

2) HB yang menurun dan menurun.

Lepas dah minum air gula, timbang berat badan, dan ambil tekanan darah, macam biasa kena ambil darah pulak untuk check HB selain untuk check ada diabetes ke tidak. Oh by the way, berat saya naik 0.4 kg dalam masa seminggu check kat KK. Syukur lagi, tak naik lebih dari 0.5 kg. Hee. Ok back to the HB, dukacitanya HB saya memang jatuh merudum, 9.4 ! So saya kena jumpa doktor sebab HB saya yang makin lama makin rendah ni.