Wednesday, June 15, 2016

Doha City Tour by Qatar Airways.

Sebelum beli tiket nak balik Malaysia untuk Viva Voce bulan Mei lepas, kami memang target nak naik flight yang transit kat negara Timur Tengah macam Dubai, Doha, Abu Dhabi. Sebabnya, masa kami balik Malaysia masa cuti krismas tahun lepas naik Turkish Airlines, transit di Istanbul, sebab masa tu, itulah tiket paling murah. Perjalanan dari Copenhagen ke Istanbul tu ok lah, 4 jam je. Tapi dari Istanbul nak sampai Kuala Lumpur tu ambil masa 11 jam nak sampai. Masa tu dengan ada anak-anak kecik ni memang tak senang duduk kami dibuatnya. Anak asyik merengek aje. Cemuih duduk dalam kapal terbang lama-lama agaknya. Huhu.

Kebetulan, masa kami nak balik hari tu, lepas dapat confirmation email dari pihak uni tentang tarikh nak viva, Qatar Airways tengah buat promotion. Memang murah sangat berbanding harga yang kami balik masa naik Turkish Airline tu. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat nak merasa naik Qatar Airways (antara syarikat pernerbangan terbaik dunia) & transit kat Timur Tengah. 7 jam dari Copenhagen ke Doha, dan 7 jam dari Doha ke Kuala Lumpur. 

Kami beli return ticket, 14 jam transit di Doha masa perjalanan balik ke Malaysia. Dah alang-alang sampai kan, nak lah melawat tempat menarik kat Doha tu. So kami pun survey apa yang menarik kat Doha. The best part is, Qatar Airways ada sediakan free tour; Doha City Tour untuk penumpang Qatar Airways yang transit lama di  Hamad International Airport, Doha, yang lebih 6 jam. Visa semua diorang uruskan. Memang senang sangat tak payah nak beratur beli visa apa semua. Tapi based on siapa cepat, dia dapat. Tak boleh nak tempah awal.


Ramadhan di Copenhagen, Denmark.

Salam Ramadhan Kareem

Alhamdulillah kejap je dah nak masuk 10 Ramadhan kita berpuasa. Semoga segala ibadat & amalan kita diterima Allah swt. Amin. 

Alhamdulillah, kami sekeluarga dah selamat sampai di bumi Copenhagen hari Ahad lepas. 

Alhamdulillah, dapat juga kami diberi peluang menjalani ibadah puasa di samping keluarga di Malaysia selama seminggu. Walaupun seminggu je, itu pun dah syukur sangat-sangat. Dapat bersahur & berbuka sama-sama & dapat beli kuih-muih 'rare' kat bazaar ramadhan. Mak ayah pun masak lauk sedap-sedap nak jamu kami makan sebelum balik Denmark. :')

Dan alhamdulillah, ini tahun kedua kami dapat pengalaman berpuasa di negara Denmark, antara negara yang mengalami puasa terpanjang selain Norway, Sweden, dan Iceland.

Macam tahun-tahun yang lepas, bulan Ramadhan jatuh pada musim panas, yang mana waktu siangnya panjang. Sekarang ni di Denmark, waktu Subuhnya lebih kurang pukul 2.30 pagi, dan Maghribnya pukul 10 malam. Jadi kurang lebih 21 jam kami berpuasa di sini. 

"Tak penat ke?"
"Macam mana boleh tahan? Hampir 24 jam tu puasa!"


Monday, June 13, 2016

Weekend getaway: Kinrara Resort, Puchong

Salam!

Sebelum mula puasa hari tu alhamdulillah sempat luangkan masa dengan keluarga lepas dah selesai urusan submit thesis kat uni. So my parents ajak berehat di Kinrara Resort untuk stay 1 malam before balik ke Johor. Honestly, sebelum ni tak tahu pun ada resort yang affordable & best macam ni kat area Puchong. Hehe

My mom booked the rooms via phone call. RM250+- per night for deluxe room including breakfast. Ada satu katil double & satu katil single. Kalau book online mahal sikit katanya, RM300+. 

Bilik memang luas, bersih & selesa. Breakfast pulak ada banyak pilihan makanan macam nasi lemak, mee goreng, bubur nasi, roti jala, etc. Kitorang dapat bilik bawah, bukak je sliding door terus nampak swimming pool. Best best.

Overall resort ni memang bersih & cantik sebab hijauuuu mata memandang. Memang sesuai sangat kalau nak release stress kat tempat camni. 

Dan lagi satu, resort ni sangat sesuai bawak budak kecik. Sebab ada swimming pool yang best! Hihi. Ada dua swimming pool, satu untuk orang dewasa & satu untuk kanak-kanak. So tak risau kalau anak nak masuk kolam untuk kanak-kanak tu sebab tak dalam. But still, kena sentiasa perhati jugak sebab takut anak terjatuh ke kan. 

Affan & Afeef memang suka berendam sampai tak nak balik bilik. Tak puas mandi masa malam, esoknya lepas breakfast sambung lagi. Bukak je sliding door terus Affan meluru keluar bilik nak pi swimming pool. Apa lagi, kena kejar lah dia sebab takut dia terjun kat swimming pool untuk dewasa tu. Huu 😂

Memang recommended resort ni! Sesekali bawak anak-anak spend time kat sini insyaAllah berbaloi. 


Friday, May 27, 2016

Viva Voce

26-05-16

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

Dah selesai viva.. Pass with minor correction. Kena siapkan correction within 3 months.. 

Rasa macam tak percaya dah habis phd. Teringat masa nak register study, masa tu tak habis pantang lagi lahirkan Affan. Dalam masa tengah study tu pulak, sempat pulak pregnant 2nd baby. Hihihi 🙈🙈🙈. 

Apapun, memang sangat legaaa. Masa presentation & q&a session tu, tangan sejuk gilaaa. Bila dah selesai tu, baru rasa darah mengalir kat satu badan. Panas! Hehe. Ringan kepala rasa bila satu hal ni dah selesai. Takut gila kot nak viva! Hihi

Syukur pada Allah, special thanks to family & friends yang banyak bantu dan doakan kejayaan.. Dan of course to my supportive supervisor. Sentiasa positif, dan sangat-sangat understanding. Dan syukur juga sebab dapat examiners yang sangat-sangat baik. Much respect to both of them. 

💕💕


Monday, October 19, 2015

Masjid Copenhagen

Assalamualaikum. Sejak setahun duduk di Denmark ni, baru beberapa kali saya & suami dapat jejak kaki di masjid Copenhagen ni. Kebetulan, ada majlis perpisahan rakan dekat rumah salah seorang Malaysian di sini, rumah dia betul-betul depan masjid ni. Alhamdulillah sampai jugak kami kat sini. Jarak dari rumah kami taklah jauh sangat kalau naik kereta, tapi dah pengangkutan rasmi kami kat sini adalah bas & train, kan.. jadi kalau naik kereta tu ambil masa 20 minit nak sampai, kami naik bas & train, lebih kurang sejam baru sampai. Hehe.

Seronok, kagum, macam-macam perasaan bila kami masuk ke masjid ni. Kebetulan, masa kami sampai tu nak masuk waktu Zuhur. Saya ingatkan bila masuk waktu tu, diorang setakat azan dalam masjid je.. Rupanya, diorang azan guna speaker. Saya yang bergilir menunggu anak-anak yang tidur dalam stroller kat luar masjid memang dapat dengar jelas suara azan berkumandang. Allah.. seronok sangat bila dengar azan kat sini.. Satu, mungkin sebab saya dah lama tak dengar azan live.. Keduanya, sebab saya rasa sangat seronok bila dengar azan di negara yang rakyatnya bukan majoriti Muslim.. Memang semacam rasa bila dapat dengar azan kat sini.. Alhamdulillah (':

Sedih kalau di negara kita, yang majoritinya Muslim tu dihalang guna speaker untuk azan. Amat menyedihkan kalau berita desas desus yang kami dengar tu betul. Tsk.

Yang ada kubah tu bangunan masjidnya. Di sebelahnya tu bangunan Hamad bin Khalifa Civilisation Centre. Kat situ banyak program-program agama dijalankan.





Azan berkumandang. Yang tua ada, anak-anak muda pun datang ke masjid.





Pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Apapun, kita semua bersaudara..
(ambil dari kamera telefon suami)




Sambal kering ikan bilis terangkat ! :D

Kepada semua peminat sambal kering ikan bilis yang sedap dimakan dengan nasi panas-panas lepas tu ada telur goyang & letak kicap (pergh, terliur!)..

Kalau tak nak makan dengan nasi, makan dengan roti atau lempeng pun layaaann.

Boleh jugak korang jadikan perencah untuk masak nasi goreng, mee goreng, spageti goreng, atau bihun goreng.

Boleh jugak buat bekalan untuk anak-anak yang tinggal di asrama.

Dan untuk sesiapa yang nak cuti-cuti Malaysia mahupun luar Malaysia, elok sangat kalau bawak sambal BONDA YAH ni. Satu, kot laaa korang rindu nak makan makanan Malaysia. Dua, selalunya susah sikit nak cari makanan halal kat luar negara. Kalau ada pun, selalunya kedai kebab lah yang jadi tempat nak makan. Tapi kalau hari-hari tapau kebab kat luar negara tu hazab jugaklah nak membayarnya kan? Jemu pun ya jugak. Hee. So kalau ada sambal BONDA YAH ni korang bolehlah makan dengan nasi atau roti, buat hilangkan rasa lapar mahupun rindu korang tu. ;)

So, apalagi? Jom kita cuba try test beli Sambal Kering Ikan Bilis Kisar jenama BONDA YAH ni. Mesti tak menyesal punya. Berbaloi !

Memperkenalkan... sambal kering ikan bilis BONDA YAH ! 
Resepi turun temurun zaman berzaman. Gitu. Hehe. 


Untuk pembelian online yang memerlukan pos, sambal akan dipos di dalam paket plastik macam ni.


Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, korang bolehlah hubungi / whatsapp nombor ni:

Sambal ni juga dah agak banyak dijual secara offline di kedai dan butik vendor. Untuk cekidaut senarai kedai-kedai yang jual sambal BONDA YAH ni, korang boleh tengok di:



Harga? Untuk satu botol sambal 100g, harganya RM10. Kalau beli yang paket 100g, harganya RM9.
Kalau nak minta pos, perlu tambah kos postage RM6 untuk 500g ke bawah. Jadi, kalau korang nak jimat kos postage, bolehlah beli di kedai-kedai, ATAU ajak kawan-kawan beli jugak sekurang-kurang 4 orang. So boleh jimat kos poslaju tu sikit.

Sambal BONDA YAH pun dah tembus masuk di beberapa AEON MALL:
1. AEON Mall Kulaijaya
2. AEON Mall Ayer Keroh
3. AEON Mall Sunway Pyramid
4. AEON Mall, Taiping

Tapi, harga kat AEON ni lain sikit ya. Sebab ada kos tambahan, sambal BONDA YAH ni dijual RM15 di semua AEON Mall. Masih lagi berbaloi kalau korang beli, harga setanding dengan kalau beli secara online.

Untuk yang nak tambah pendapatan nak jadi agen sambal BONDA YAH ni sangat dialu-alukan. 
Hanya hubungi nombor +6013-7748409 untuk sebarang pertanyaan lanjut. 

Terima kasih ! :)