Wednesday, June 15, 2016

Doha City Tour by Qatar Airways.

Sebelum beli tiket nak balik Malaysia untuk Viva Voce bulan Mei lepas, kami memang target nak naik flight yang transit kat negara Timur Tengah macam Dubai, Doha, Abu Dhabi. Sebabnya, masa kami balik Malaysia masa cuti krismas tahun lepas naik Turkish Airlines, transit di Istanbul, sebab masa tu, itulah tiket paling murah. Perjalanan dari Copenhagen ke Istanbul tu ok lah, 4 jam je. Tapi dari Istanbul nak sampai Kuala Lumpur tu ambil masa 11 jam nak sampai. Masa tu dengan ada anak-anak kecik ni memang tak senang duduk kami dibuatnya. Anak asyik merengek aje. Cemuih duduk dalam kapal terbang lama-lama agaknya. Huhu.

Kebetulan, masa kami nak balik hari tu, lepas dapat confirmation email dari pihak uni tentang tarikh nak viva, Qatar Airways tengah buat promotion. Memang murah sangat berbanding harga yang kami balik masa naik Turkish Airline tu. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat nak merasa naik Qatar Airways (antara syarikat pernerbangan terbaik dunia) & transit kat Timur Tengah. 7 jam dari Copenhagen ke Doha, dan 7 jam dari Doha ke Kuala Lumpur. 

Kami beli return ticket, 14 jam transit di Doha masa perjalanan balik ke Malaysia. Dah alang-alang sampai kan, nak lah melawat tempat menarik kat Doha tu. So kami pun survey apa yang menarik kat Doha. The best part is, Qatar Airways ada sediakan free tour; Doha City Tour untuk penumpang Qatar Airways yang transit lama di  Hamad International Airport, Doha, yang lebih 6 jam. Visa semua diorang uruskan. Memang senang sangat tak payah nak beratur beli visa apa semua. Tapi based on siapa cepat, dia dapat. Tak boleh nak tempah awal.




So kalau korang nak ambil free tour ni, lepas dah sampai airport & dah cop kastam sana, korang terus cari kaunter Doha city tour ni. Kaunter ni kalau nak senang cari, korang cari teddy bear besar kat tengah-tengah airport. Kalau korang berhadapan dengan teddy bear ni, kaunter dia sebelah kanan korang kat tiang di antara butik Mont Blanc & WH smith, macam kedai barang kemas. Kena cepat-cepat sebab setiap sesi tour diorang limitkan 22 orang je. Setiap tour tu lebih kurang 3 jam, diorang akan bawa jalan ke Museum of Islamic Art, Souq Waqif, Katara Cultural Village & The Pearl Qatar. Dalam satu hari tu ada 4 kali sesi tour, pukul 8 pagi, 11 pagi, 4 petang & 8 malam. So boleh pilihlah mana yang sesuai dengan masa perjalanan korang. 

Untuk baca lebih info tentang Doha city tour ni, korang boleh baca kat sini - DOHA CITY TOUR.




Ni teddy bear besar kat tengah-tengah airport Doha. Kaunter Doha city tour kat sebelah kanan. Jalan sikit inshaaAllah akan nampak kaunter dia.

Kitorang pulak hari tu rancangan asalnya memang nak amik tour ni, tapi rancangan berubah sebab ada kawan offer nak bawak kami jalan-jalan. Hehe. Rezeki jugak tu, dapat jumpa kawan lama + jalan-jalan sekali. InshaaAllah next entry kita cerita panjang tentang kisah transit 14 jam kitorang kat Doha hari tu. :)

Till then !

No comments: