Friday, November 30, 2012

4th Maternity & Children Expo, Midvalley.



InsyaAllah akan ke expo ni untuk pertama kali. Kalau sempat sampai hari ni, hari ni lah kitorang mula pergi. Kalau tak, maybe esok DAN lusa. DAN okayyy. DAN. Bukan ATAU. Heee.

Excited jugak bila nak start membeli barang keperluan baby. Dua hari asyik mengadap list dan buat research sikit kat many blogs yang share experience pergi expo macam ni. So senang sikit nak expect what it will look like, right? And senang nak compare harga barang kat expo, online, and kat kedai. So thank you to all mommies out there yang share banyak info sangat berguna. InsyaAllah, lepas ni saya akan share my own experience pulak. 

Happy shopping ! :)

Wednesday, November 28, 2012

Kluang outdoor.

Kalau dah nama Kluang kan, tak sah lah kalau tak amek gambar kat railway ni kan? ;p. Actually outdoor ni kitorang buat on the next day after reception. Baju pun recycle je yang reception punya. Hihi. Pepagi lepas breakfast dengan family & sanak saudara kat rumah, kitorang terus shoot ke stesen keretapi Kluang. Lepas dah habis shoot semua, pekena kopi Kluang & roti bakar kat railcoffee yang famous amos kat situ.










Soalan cepu emas: Agak-agak sekarang ni suami larat lagi tak nak angkat mak buyung ni macam gambar kat atas tu? Tehehehehehe ;p

All photos credit to Nodee Ghani Pictures ! Thank you Nodee! ;)

Fakta menarik tentang kelahiran.

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

Tuesday, November 27, 2012

100 days.

Ce tengok kat sebelah neh ------->

Ok kalau tak nampak boleh tengok gambar bawah ni je. Hihi. ;p


100 days to go ! 

Wah pejam celik pejam celik. Tak lama lagi. Sungguh, terasa cepatnya masa berlalu. Semoga semuanya dipermudahkan. Ameen. :)

Roti Puri ohsem !

Masa saya balik ke Kluang hari tu memang tak lepaskan peluang lah ajak parents breakfast roti puri. Sebabnya bukan senang nak jumpa. Hampir setahun di utara ni belum pernah lagi saya jumpa orang jual roti puri. Memang kalau nak breakfast tu kalau tak roti canai, nasi lemak. Kalau tak nasi lemak, roti canai. So bila dah balik Kluang, memang saya mintak je makanan yang saya duk teringin tapi tak dapat kat sini. Hihi. ;p


 Roti puri kat kedai ni garing ! Best best.


Monday, November 26, 2012

Check up 25 weeks.

1) Minum air gula.

Disebabkan masa check up yang lepas, berat badan naik mendadak, nurse suruh saya minum air gula minggu ni. Dan disebabkan kena minum air gula, saya harus puasa dari pukul 10 malam sebelum hari nak minum air gula tu. Tak boleh makan apa-apa, cuma boleh minum air kosong saje. 

Pagi tu saya disuruh datang awal sebab takut ramai orang. So pukul 8 pagi saya dah terpacak kat depan KK. Alhamdulillah, dapat turn pun awal. Maksudnya, pepagi tu saya sarapan air gula je lah. Sebelum tu kena ambil darah dulu. Nurse dah siap-siap bancuhkan air gula suam. Rasa air gula? Dah nama pun gula kan, sangat maniss u olls ! Tapi alhamdulillah, takde lah saya rasa sampai nak muntah. Saya teguk sikit-sikit, lepas tu nurse tegur suruh habiskan cepat-cepat. Baiklah, nurse. Saya pun terus teguk, habiskan air gula tu. Pastu baru terasa macam loya-loya sikit, tapi tak sampai muntah. Lepas azab, hihi. Syukur. Kena ambil darah lagi sekali lepas 2 jam minum air gula.

2) HB yang menurun dan menurun.

Lepas dah minum air gula, timbang berat badan, dan ambil tekanan darah, macam biasa kena ambil darah pulak untuk check HB selain untuk check ada diabetes ke tidak. Oh by the way, berat saya naik 0.4 kg dalam masa seminggu check kat KK. Syukur lagi, tak naik lebih dari 0.5 kg. Hee. Ok back to the HB, dukacitanya HB saya memang jatuh merudum, 9.4 ! So saya kena jumpa doktor sebab HB saya yang makin lama makin rendah ni.


Friday, November 23, 2012

Mimpi.

Nak tahu. Sejak akhir-akhir ni, saya asyik mimpi je masa tidur malam. Boleh kata hari-hari saya mimpi. Ada mimpi yang okay, tapi kebanyakannya mimpi yang luar biasa, sampai boleh kata tahap dahsyat sangat. Sebelum tidur dah cuci kaki, and tak pernah tinggal doa sebelum tidur, ayatul kursiy, dan surah tiga qul tu, tapi tetap diganggu mimpi pelik jugak.

Ada siapa-siapa alami benda yang sama tak?
Normal ke mimpi bukan-bukan masa pregnant ni?
Ada kaitan dengan hormon ke?

Hmm. Musykil. Harap-harap mimpi sekadar mimpi je lah kan.

Moga-moga kami dilindungi Allah dari segala kejahatan dan kemudharatan.


Ameen.

Aisyah's wedding.

Last week, saya dan suami sempat hadir ke wedding reception my schoolmate Aisyah with her husband, Najmi di Bangi Golf Resort sebelum kami pulang semula ke utara. Aisyah was amazingly gorgeous with her simple yet cute peplum dress. Kalau tak silap hari tu nampak her status in FB yang dia tempah that dress for RM 90 only ! Berbaloi-baloi sangat, aite?

Love the colour combo ! Very sweet la both of them! 

Thursday, November 22, 2012

Terima kasih, ya Allah.

Alhamdulillah, tanggal 11.11.2012 haritu, genaplah setahun usia perkahwinan kami. Rasa macam, Ya Allah, cepatnyaaa dah setahun. Masih segar lagi dalam ingatan saya ketika hari kami dinikahkan oleh ayah tercinta. Dan bila sang suami melafazkan kata keramat, dan dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isterinya. Perasaan yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata bila memikirkan yang lafaz keramat tersebut telah mengubah dan membawa kami ke fasa kehidupan yang baru. 

Selepas kami selamat dinikahkan, ayah mula menitiskan air mata, saya menjadi sangat sebak dan tak tertahan lagi. Seisi keluarga seperti memahami apa yang ayah rasakan dan turut mengalirkan air mata. Perasaan terharu ditambah lagi bila paklong saya yang kurang sihat, terpaksa membawa kantung najis ke mana-mana, menangis semasa memeluk dan mencium saya. Sungguh, masih sangat kuat memori hari tu sampai ke hari ini. Dan ya, saya rindukan setiap saat pada hari itu. (':

Syukur alhamdulillah, kurniaan kasih sayang dan rasa cinta yang Allah pinjamkan kepada kami suami isteri masih kuat dan tersimpan rapi di sudut hati. Dan setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan kepada-Nya di atas kurniaan rezeki yang insyaAllah akan menguatkan lagi ikatan kasih dan sayang kami. 

Rasa terlalu kerdil diri ini bila mengakui diri ini bukanlah hamba-Nya yang sempurna, tapi tetap diberi peluang merasa nikmat dan rezeki yang di luar kotak fikiran kami ini. Syukur, syukur, alhamdulillah, ya Allah.


Thursday, November 8, 2012

Review: Kek Kahwin from jujucupcakes

Rehat sekekap from all the pregnancy things. Nak sambung review about my wedding yang dah nak masuk setahun pun. Hihi. Biar lambat, asal review je kan? Saje nak share to bride-to-be out there especially from Kluang  yang mungkin tercari-cari kat mana nak tempah kek kahwin yang berbaloi-baloi ni. ;D

Bila cerita pasal wedding cake ni, nak tergelak jugak saya sebab pada mulanya, saya ingat nak beli kek Secret Recipe yang dah tentu-tentu sedap, dan yang paling penting masa  tu adalah MURAH! Hehe. Save budget punye pasal. Suamy pulak kata tak payah ada kek pun tak pe. Haha lagi best kan ayat dia?

So bila dah decide untuk beli kek SR je, one of my good friend, Nana tanya pasal kek. And bila dia tau je yang saya nak beli kek SR, die terus lah bangkang habis-habisan. Heee. Sampai yang bestnya tu, dia terus nak sponsor wedding cake as our wedding gift! Fulamakaih, memang best betul bunyinya tu. Tapi yours truly ni agak segan-segan jugak lah nak terima sebab tau harga wedding kek yang bertingkat-tingkat tu bukannya murah setakat RM10-RM20 kan? Tapi Nana paksa jugak terima, so saya yang malu-malu kucing ni pun terima dengan hati yang saaaaangat terbuka dan gembiraaaaa sekali ! Heeee thank you Nana !

So bermula lah pencarian vendor wedding cake kat area Kluang & Batu Pahat. Saja cari yang dekat-dekat so saya tak payah nak pening fikir pasal nak bayar transportation cost etc etc. And i found this Jujucupcakes blogshop yang offer various design of cakes and cupcakes for events such as wedding, engagement, and so forth. After dah consult dengan the owner, saya pun mula lah google the design for the cakes. Bila google je wedding cakes, ya ampun sangat banyak yang cantik-cantik sampai tak tau nak pilih !

22 weeks check up.

Alhamdulillah, hari ni dah genap 23 minggu baby dalam kandungan. Tapi entry kali ni nak cerita pasal check up 22 weeks hari tu. Berdebar-debar jugak lah sebab nak check HB kan. Harap sangat lah HB naik sebab banyak jugak makan daging masa hari raya haji sebelum tu. Hari-hari pun makan daging sampai tak larat makan dah. Huhu. Check up kali ni banyak sangat experienced benda baru. 

Ok sampai-sampai je macam biasa check berat & tekanan darah. Mata terbeliak tengok nombor kat penimbang klinik tu. 58. 6 kg ! Terkejut sangat sebab sebelum pergi klinik tu saya sempat timbang kat rumah, berat saya 57.7 kg. Huu dalam hati dah sedia je lah nak kena bebel dengan nurse. Hihi. Tekanan darah pulak ok, 110/70. 

Lepas tu inject untuk ambil darah & check urine. Masa ni lah yang ditunggu-tunggu. Nak tau results untuk HB. Tapi malangnya, HB turun semula from 9.9 to 9.8. Sedih bukan kepalang. Macam-macam fikir dalam kepala, kenapa HB tak naik-naik. Padahal makan semua ok, takde pening-pening pun. *sigh*

Lepas tu masuk bilik consultancy, nurse check perut, ambil ukur lilit perut, then dengar degupan jantung baby. Alhamdulillah, kali ni dah dapat dengar. :')