Thursday, December 8, 2011

Sebelum menjadi tunangan & isteri orang.

Heeee pengantin yang tak berapa nak baru ni memang tenggelam timbul je. :P Now insyaallah akan dapat selalu update blog sebab rumah baru masuk streamyx ! Yey! Terima kasih, suami ! Heee. Kenyang internet je la isteri awak ni hari-hari kat rumah. :D

Hampir sebulan dah jadi isteri orang. Hampir sebulan jugak dah duduk jauh dari keluarga. So far so good. Alhamdulillah. Buat masa sekarang ni memang jadi surirumah sepenuh masa je. Been enjoying myself at home sebelum dapat tanggungjawab lain insyaallah bulan Januari nanti.

Actually untuk entry ni saya nak share gambar-gambar sebelum nikah hari tu. Tak dapat semua gambar lagi dari kawan saya merangkap OP hari tu. But it's okay, saya share mana yang ada dulu kay?

So tanggal 11.11.11 tu majlis bermula pukul 4.30 petang untuk majlis bertunang. Saya dah bersiap dari pukul 2.30 ptg lagi. Make up yang amik masa 2 jam tu terasa macam cepaat je berlalu. Tak siap lagi tiba-tiba dapat sms dari suami yang diorang dah on the way ke rumah. Pergh masa tu laaaa baru jantung ni berdegup kuat & tangan dah mula sejukkkkk. Hihi

Tepat jam 4.30 ptg, ahli keluarga pun mula berbincang. Memang kami rancang untuk bertunang sebelum nikah je. So dalam pukul 5 ptg, baru lah saya dipanggil turun bawah untuk sarung cincin tunang. Deborrrr bukan main! Heee. Masa sesi sarung cincin tunang oleh mak mentua tu saya nampak cik abang saya tu tunggu kat luar. Kesian dia sorang-sorang. Nasib boleh nampak dalam dari luar ye? Heee. Kitorang sempat curi-curi pandang taw! Kekekekeke :P

Okay, ni gambar-gambar yang saya ada sebelum nikah. Cuci-cuci mata dulu la ekkk. ;)


 Make up by Nisah from Karisma.




 Wajah-wajah sebelum jadi tunang & suami orang. :P

 Nampak nervous di situ. Hihi


 Posing-posing sorang dulu sebelum dipanggil turun bawah.

 Paklang merangkap ketua pihak pengantin perempuan.


 Handbouquet yang baru siap 2 jam sebelum majlis. :P

My bestfriend + bridesmaid yang banyak tolong hari tu.
Thank you for everything, Eli !

Okay, more pictures will come out in the next entry ye kawan-kawan ! ;)

2 comments:

Schaz said...

u cantik giler!

imymemine said...

awwww thank you so much schaz ! you too! ;)