Tuesday, December 13, 2011

Majlis Berinai

Sebenarnya sampai ke tarikh 11.11.11 tu, saya masih lagi berkira-kira nak buat ke taknak majlis berinai tu. Baju semua dah ada, tapi entah. Alasannya sebab malam tu family saya nak buat barbeque kat rumah. So saya risau nanti orang semua sibuk bakar-membakar, so tak peduli kat pengantin. Hehehehe. 

Mujur ramai yang request adakan je malam berinai tu sebab tak puas bergambar kat pelamin masa nikah petang tu. Almaklum, majlis nikah pun selesai dalam pukul 6.30 petang, so tak dapat nak bergambar sakan sebab maghrib pun masuk awal. 

So lepas solat maghrib, saya dan suami pun terus mula bersiap. Malam tu tak ada photographer & mak andam. Saya sendiri yang cakap kat mak andam tak perlu datang sebab tak confirm lagi ada ke tak majlis tu. Plus, mak andam tengah serabut risaukan hal-hal pelamin kat dewan. So saya cakap kat mak andam, takpe kalau tak datang malam berinai tu, pelamin tu lagi penting. Heee. 

Alasan yang sama jugak saya cakap kat Nodee aka OP saya, takut majlis berinai tu tak jadi. Nanti penat je diorang datang. Lagipun, Nodee nak cari camera lens kat Kluang Mall. So saya cakap kat dia tak datang pun takpe. 

Tapi, last-last saya menyesal cakap macam tu. Hehe. Bab mak andam tu saya tak menyesal mana pun, tapi bab photographer tu, saya menyesal suruh diorang tak payah datang sebab majlis berinai tu menjadi jugak walaupun simple-se-simple-simple-nyaaaa. Hihi. Sebabnya, alhamdulillah majlis berinai tu sangat meriah dengan riuh rendah ahli keluarga saya. Huu.

Make up? Haha saya just calit sikit-sikit je kat muka sendiri. Nak make up lebih-lebih saya tak pandai. So pasrah dengan wajah semulajadi ni kononnya. Mujur ada jugak yang memuji cantik walaupun takde makeup. Kembang semangkuk sekejap. Kekekekeke 

Ok, joms layan gambar yang saya ambil dari kamera kawan comel saya, Nana & sepupu. Mujur sangat diorang ni ambil gambar malam tu! Terima kasih koranggg ! :)

 Terima kasih maklong jadi tukang pegang payung malam tu! Hee

 Nenek tersenyum simpul kat belakang tu. Seronok gamaknya cucu pertama dah kahwin ye? :D

 Makcik-makcik semua bagi full support kat belakang. Hehehe.
Pssst, tengok samping pengantin lelaki tu. Hihihi sempoi gilaaaa kan? Heee

 Seronok benaaarrrr. Heee. Sebenarnya semua orang pun tergelak sebab ayah tetiba suluh spotlight dari dalam rumah. Sempoiiii :P

Kenapa cik abang berkerut tetiba neh? Orang lain semuaaa nak gelak. 

 Naked face. Tambah eyeliner sikittt je. Heee

Sesi merenjis.

Last, but not least..



Actly, mak andam tinggalkan baju songket tu takda tudung taw. Mujurlaaaa saya ada tudung bawal yang matching dengan baju ni. Haha serius bidan terjun laaa semuanya pun. Ngeeee. Tapi apa pun, seronok sangat bila saya tengok-tengok balik gambar masa malam berinai ni. Semua orang pun muka happyyyyy aje. Tu pasal menyesal tu tak suruh OP datang. Huhu. ;p



2 comments:

Cik Lijah said...

hiiiiiiiii....comeynye awk......!!

imymemine said...

weee timekasey puan lijah ! :D