Wednesday, December 21, 2011

Hantaran.

Hello readers ! Since banyak jugak yang sampai kat blog ni sebab nak cari info pasal pinggan hantaran, so let me share lil bit about my hantaran. 

Remember this entry? Saya memang tercari-cari pinggan yang sesuai untuk buat hantaran since saya fikir boleh guna semula pinggan tu lepas guna untuk hantaran ni. Kalau guna bakul or whatsoever, confirm akan dibiar berhabuk je. Yelah, kalau 1 or 2 bakul je boleh lah buat letak kunci ke, jam ke. Tapi kalau dah sampai 13 bakul? Alamatnya memang ke dalam stor je lah jawabnya. Hihi

So masa saya masih stay di Kepong dulu, saya cari pinggan di Tesco Kepong. Memang ada pinggan putih dan hitam yang berbentuk bulat dan segi empat. Harganya lebih kurang 7.90 - 8.90 sebiji. Saya tak puas hati, so saya ke Jusco Kepong pulak untuk survey pinggan ni.

Alhamdulillah saya jumpa pinggan putih bentuk bulat dengan harga yang lebih murah! RM4.90 kalau tak silap saya. Murah kan? Kalau beli bakul kecik kat Nilai 3 pun belum tentu dapat harga murah macam ni. Tak tahu lah kalau masa tu Jusco tengah nak habiskan stok ke apa kan. Kira dah rezeki jumpa pinggan murah macam tu di Jusco. Hee.

 Kasut, jeruk, kek.


Hadiah kahwin.

Malam lepas kenduri kahwin kat tempat saya tu kitorang buat sesi buka hadiah. Semua ahli keluarga duduk mengadap saya dan suami buka hadiah. Kitorang dapat banyaaaak sangat hadiah. Lengkap untuk masuk rumah baru dari A sampai Z ! Hihi alhamdulillah.


Thursday, December 15, 2011

Majlis Bertandang

Kita skip majlis bersanding di Kluang punya gambar sebab tak dapat lagi. Gambar majlis bertandang ni pun baru dapat tengok beberapa keping kat Facebook OP. Heee. So meh saya nak share sikit gambar dari OP & kamera saya sendiri.

Alhamdulillah majlis bertandang selamat sempurna dijalankan kat rumah keluarga suami di Puchong. Pagi tu saya bersiap di rumah makcik saya di Shah Alam. Then dalam pukul 11 lebih suami datang ke rumah makcik dan bergerak sama-sama ke Puchong.

Untuk majlis bertandang ni majlis kami simple saja. Tak ada pelamin untuk bersanding. Just makan beradab. Baju pengantin untuk majlis ni pun saya bawa pinjam mak andam di Kluang punya. Sebab ikut pakej yang saya ambil, saya dapat 3 pasang baju & saya cuma guna 2 pasang baju di Kluang. Mujur mak andam murah hati nak buatkan baju & bagi bawak sampai ke Puchong. Hihi

Make up saya was done by Ms Adlyana dari makeupfreak.net. Sangat-sangat puas hati sebab make up tak terlalu tebal & sweet2 je nampak. *perasan kejap*. Hee. Dia datang pun awal, tepat pukul 10 pagi macam yang dijanjikan.

Ok, now let the photos do the talking ;)

Bergambar dengan makcik & sepupu perempuan. Sebelum bertolak ke Puchong.


Tuesday, December 13, 2011

Majlis Berinai

Sebenarnya sampai ke tarikh 11.11.11 tu, saya masih lagi berkira-kira nak buat ke taknak majlis berinai tu. Baju semua dah ada, tapi entah. Alasannya sebab malam tu family saya nak buat barbeque kat rumah. So saya risau nanti orang semua sibuk bakar-membakar, so tak peduli kat pengantin. Hehehehe. 

Mujur ramai yang request adakan je malam berinai tu sebab tak puas bergambar kat pelamin masa nikah petang tu. Almaklum, majlis nikah pun selesai dalam pukul 6.30 petang, so tak dapat nak bergambar sakan sebab maghrib pun masuk awal. 

So lepas solat maghrib, saya dan suami pun terus mula bersiap. Malam tu tak ada photographer & mak andam. Saya sendiri yang cakap kat mak andam tak perlu datang sebab tak confirm lagi ada ke tak majlis tu. Plus, mak andam tengah serabut risaukan hal-hal pelamin kat dewan. So saya cakap kat mak andam, takpe kalau tak datang malam berinai tu, pelamin tu lagi penting. Heee. 

Alasan yang sama jugak saya cakap kat Nodee aka OP saya, takut majlis berinai tu tak jadi. Nanti penat je diorang datang. Lagipun, Nodee nak cari camera lens kat Kluang Mall. So saya cakap kat dia tak datang pun takpe. 

Tapi, last-last saya menyesal cakap macam tu. Hehe. Bab mak andam tu saya tak menyesal mana pun, tapi bab photographer tu, saya menyesal suruh diorang tak payah datang sebab majlis berinai tu menjadi jugak walaupun simple-se-simple-simple-nyaaaa. Hihi. Sebabnya, alhamdulillah majlis berinai tu sangat meriah dengan riuh rendah ahli keluarga saya. Huu.

Make up? Haha saya just calit sikit-sikit je kat muka sendiri. Nak make up lebih-lebih saya tak pandai. So pasrah dengan wajah semulajadi ni kononnya. Mujur ada jugak yang memuji cantik walaupun takde makeup. Kembang semangkuk sekejap. Kekekekeke 

Ok, joms layan gambar yang saya ambil dari kamera kawan comel saya, Nana & sepupu. Mujur sangat diorang ni ambil gambar malam tu! Terima kasih koranggg ! :)

 Terima kasih maklong jadi tukang pegang payung malam tu! Hee

 Nenek tersenyum simpul kat belakang tu. Seronok gamaknya cucu pertama dah kahwin ye? :D

 Makcik-makcik semua bagi full support kat belakang. Hehehe.
Pssst, tengok samping pengantin lelaki tu. Hihihi sempoi gilaaaa kan? Heee

 Seronok benaaarrrr. Heee. Sebenarnya semua orang pun tergelak sebab ayah tetiba suluh spotlight dari dalam rumah. Sempoiiii :P

Kenapa cik abang berkerut tetiba neh? Orang lain semuaaa nak gelak. 

 Naked face. Tambah eyeliner sikittt je. Heee

Sesi merenjis.

Last, but not least..



Actly, mak andam tinggalkan baju songket tu takda tudung taw. Mujurlaaaa saya ada tudung bawal yang matching dengan baju ni. Haha serius bidan terjun laaa semuanya pun. Ngeeee. Tapi apa pun, seronok sangat bila saya tengok-tengok balik gambar masa malam berinai ni. Semua orang pun muka happyyyyy aje. Tu pasal menyesal tu tak suruh OP datang. Huhu. ;p



13.12.11

Tarikh cantik ! Alhamdulillah, genap 24 tahun saya dilahirkan ke muka bumi ini. Terima kasih ayah ummi yang menjaga Anna selama ini. Dan tahun ini tahun pertama sambut hari lahir sebagai isteri. Auwww. ;p

p/s: Tengah kumpul-kumpul gambar majlis berinai untuk next entry. Hihi ;p

Thursday, December 8, 2011

11.11.11 moments.

Alhamdulillah, i have become a wife to my lovely husband on that day. Syukur. Sejurus kami ditunangkan, tok imam pun sampai rumah tepat jam 5.30 petang. Bakal suami (at that moment) pun masuk ke rumah dan terus duduk di atas bantal nikah. Masa tu saya dah siap-siap ambil tempat di hadapan ummi saya selepas ditunangkan. Bila nampak bakal suami masuk ke rumah, terdetik di hati sendiri, 'Ya Allah betul ke ni nak jadi isteri Hafis dah?'. Rasa macam tak percaya je. And i believe, semua orang yang nak bernikah akan terfikir benda yang sama. 

Now, let the pictures speak thousand words..



Sebelum menjadi tunangan & isteri orang.

Heeee pengantin yang tak berapa nak baru ni memang tenggelam timbul je. :P Now insyaallah akan dapat selalu update blog sebab rumah baru masuk streamyx ! Yey! Terima kasih, suami ! Heee. Kenyang internet je la isteri awak ni hari-hari kat rumah. :D

Hampir sebulan dah jadi isteri orang. Hampir sebulan jugak dah duduk jauh dari keluarga. So far so good. Alhamdulillah. Buat masa sekarang ni memang jadi surirumah sepenuh masa je. Been enjoying myself at home sebelum dapat tanggungjawab lain insyaallah bulan Januari nanti.

Actually untuk entry ni saya nak share gambar-gambar sebelum nikah hari tu. Tak dapat semua gambar lagi dari kawan saya merangkap OP hari tu. But it's okay, saya share mana yang ada dulu kay?

So tanggal 11.11.11 tu majlis bermula pukul 4.30 petang untuk majlis bertunang. Saya dah bersiap dari pukul 2.30 ptg lagi. Make up yang amik masa 2 jam tu terasa macam cepaat je berlalu. Tak siap lagi tiba-tiba dapat sms dari suami yang diorang dah on the way ke rumah. Pergh masa tu laaaa baru jantung ni berdegup kuat & tangan dah mula sejukkkkk. Hihi

Tepat jam 4.30 ptg, ahli keluarga pun mula berbincang. Memang kami rancang untuk bertunang sebelum nikah je. So dalam pukul 5 ptg, baru lah saya dipanggil turun bawah untuk sarung cincin tunang. Deborrrr bukan main! Heee. Masa sesi sarung cincin tunang oleh mak mentua tu saya nampak cik abang saya tu tunggu kat luar. Kesian dia sorang-sorang. Nasib boleh nampak dalam dari luar ye? Heee. Kitorang sempat curi-curi pandang taw! Kekekekeke :P

Okay, ni gambar-gambar yang saya ada sebelum nikah. Cuci-cuci mata dulu la ekkk. ;)


 Make up by Nisah from Karisma.