Thursday, October 13, 2011

Tudung + Veil Nikah

Ini salah satu benda yang tak settle settle lagi. Mula-mula macam rileks je tak amik tahu sebab teringat yang mak andam aka tailor pernah cakap yang dia nak buatkan. Tapi bila lama tak dengar khabar berita pasal tudung + veil nikah ni, saya tergerak nak sms mak andam.

'Kak, veil dan tudung nikah saya sempat buatkan tak? Kalau tak sempat, saya cari sendiri kat sini'.

'Tak sempatlah..'

Ok. Masa dapat reply dari mak andam ni, darah terus laju gila naik kat kepala. Terus macam cuak nervous sebab apa pun tak survey pasal tudung dengan veil ni.

Terus mula fikir nak pakai tudung apa - awning, shawl, syria ?
Awning ? Macam tak mungkin.
Shawl or syria ? Yes, maybe akan pakai shawl atau syria.

Errr tapi yang lebih merisaukan adalah VEIL !




Baju nikah saya pakai kain lace & satin sebagai lining.
Satin warna silver, dan lace warna merah belacan.

Veil nak pakai warna apa eh? 
Silver?
Merah?
Or kain net silver dengan beads merah?

Huwaaa serius pening fikir benda ni.

Nak cari veil yang dah siap warna silver dengan manik merah bukannya senang. Sebab biasa yang saya jumpa, kalau kain veil tu merah, maniknya pun merah. Kalau kain veil hijau, manik pun hijau.

Nak DIY sendiri veil tu? Sempat keee neh. Kurang sebulan je lagi nak sampai ke tarikh nikahnya. Adalah jugak survey blog other B2Bs yang DIY veil. Nampak macam senang kan? So sesekali memang ada pasang niat nak DIY veil sendiri. Ni salah satu link B2B yang DIY veil. Memang sangat membantu sebenarnya !

Jadinya, semalam saya sempat pergi survey kain dekat Gulatis Kota Damansara. Kat sana tak ada kain net plain. Chiffon plain je yang ada. Ada satu kain chiffon plain tu warna light grey. Sesuai dengan kain satin silver lining baju nikah saya. Harga kain chiffon tu semeter RM35. Rasanya ok harga tu. 

Then survey border lace pulak. Memang ada lace merah belacan yang saya cari ! Tapi.. harga lace tu semeter RM148 ! Huwaaaaa mahalnyee. 

Sebelum pergi Gulatis tu masuk kedai tudung ALIAA. Veil dah siap harganya RM178. 

Terus fikir baik beli yang dah siap aje. Tapi kena fikir nak pakai veil warna silver ke warna merah. Pening.. pening.

Insyaallah sabtu ni nak survey kat Jalan TAR & Semua House. Kalau boleh nak settlekan minggu ni jugak sebelum berhenti kerja & balik Johor.

Ada terfikir jugak, kalau tak sempat nak cari kat Johor aje. Ada ke kedai veil yang banyak pilihan kat area Kluang, Batu Pahat, or JB ?

Anyone?

3 comments:

Schaz said...

dear, i just wanna give some advice je..for DIY veil, u mesti nak patch lace rite, tp tak pakai byk, kl u on a tite budget, u can buy remnant lace dkt jakel. much more cheaper than border lace. simply cut the border part n patch to ur veil..=)

imymemine said...

owh kat jakel ada jual remnant lace eh? waaa thanks ! sabtu ni i nak serang jakel. hope jumpa laaa warna merah belacan i tu. ameen ameen. thank you so much ! ;)

imymemine said...

by the way, lame tak kalau nak patch lace and jahit beads tu? agak-agak amik masa brape lama eh?