Friday, October 14, 2011

Easel

Tengok orang lain ada, saya pun nak ada jugak..

Hajat di hati nak ada macam ni masa hari majlis reception nanti..


Source: Google

So bila dah nak tu macam biasa lah kan, akan cepat-cepat google mana nak dapat benda alah kayu tu. Nama kayu ni 'Easel' atau pun orang selalu panggil 'Art Stand'. Ingat nak sewa je kat mana-mana ex-B2B yang nak sewakan easel ni dengan harga yang baik punyaaa kan? Hihi 


Google punya google, saya terjumpa satu blog ex-B2B ni yang nak sewakan easel dia. Saya pun punye lah gelojoh terus email tuan punya blog tanya pasal berapa sewa easel tu.

Rupa-rupanya dia dah tak buat sewa easel. Dia jual je sekarang. Nama dia Ms. Alwany. Hihi. Saya pun sebab dah gelojoh tu tak tengok entry dia bila punya. Main terjah aje. Hee. So sekarang ni Ms. Alwany ni ada bukak bisnes untuk jual easel ni. Selain easel, dia ada buat servis printing, sewa baju kahwin, etc etc. Saya rasa bagusss sangat-sangat ada orang buat bisnes macam ni. Sangat-sangat membantu mana-mana B2B yang ada limited budget macam saya. Hee ;p

So, untuk easel tu dia jual dengan harga RM30. Lepas dia bagitau tu saya pun sekali lagi dengan gelojoh terus cakap nak beli! Hee. Sebab sebelum tu ada jugak survey harga easel ni. Tak kurang jugak harga sewa easel ni. Ada yang mahal, ada yang sama harga. Tapi saya fikir, ok jugak kalau saya beli je. Mana tahu lepas ni tak nak guna dah, saya boleh sewa or jual je kat other B2Bs kan?

So, ini dia easel yang saya beli;

Nak mintak ayah catkan warna putih nanti boleh? Hihi ;p

Ni dia contact number bisnes diorang.
Or boleh go through website diorang kat sini: FastPrintMalaysia


Lepas saya beli tu, bila cik abang nampak easel ni dalam kereta, dia tanya berapa saya beli easel ni. Sebab saya tak bagitau dia pun saya nak beli easel ni. Saya cakap price dia RM30. Lepas tu cepat-cepat saya explain kat dia, 

"Takpe.. kalau kita tak nak pakai, nanti kita boleh sewa or jual kat orang lain.." 
dengan harapan dia tak marah saya beli benda alah easel ni..

Sekali dia boleh jawab camni,
"Eh buat apa jual? Kita pakai lah letak dalam rumah kita nanti."

HAHAHAHAHA. Saya punya lah cuak takut kena marah, dia boleh suka pulak dengan easel ni. Keke. Dia suka, saya laaaagi suka! :DDD

Gambar apa saya nak letak kat easel ni nanti? Wait and see ! ;)





11 comments:

Unknown said...

ekin pon ade beli kat situ jugak
owner fast print tue senior ekin kat UM dulu...hehehehe

cik enul said...

saya pun bli kat tempat yg sama..!!!heheeheh

~ NANA ~ said...

suka ide easel ni! fastprint ni mmg ramai org beli kat situ...hehe

Hazz said...

weeee~~ nice! i haritu nak buat tp tak berkesempatan. last2 minute dah kabut terus lupa. letak pre-wedd photo pun cantik dear. good luck! ;-)

Anna R. said...

ekin;

wah senior ekin ke? mesti dapat special price ni kaaan? hihi ;)

cik enul;

yey! give me five! ;D

nana;

hee tu laa. i je yg lambat tau. heeeee

cik hazz;

yey! sy pun mmg nak letak gmbr pre wed! oopps kantoi plak. ;p

Puan Rad said...

wah! mmg tercari2 la easel ni.. thanks dear for the information.. selamat hari raya

Anna R. said...

you're most welcomed. selamat hari raya too ! :)

Design A Venture said...

hi all saya nak offer buat art canvas, harga murah sebab kami adalah pemborong, pembekal product tersebut. Banyak lagi ada di fb kami www.facebook.com/homeartcanvas

Design A Venture said...

hi all kami menerima tempahan untuk buat art canvas, harga amat murah, kerana kami adalah pembekal product tersebut, qualiti tinggi, sebab product kami di exsport ke singapore, kami sentiasa memastikan kualiti. jom tgk di www.facebook.com/homeartcanvas

Anonymous said...

Easel Art Stand dgn harga murah??
Jom usha FB kami di link berikut :
https://www.facebook.com/#!/easel.art.3?fref=ts

FB: Easel Art Murah

Jemput singgah ramai2 !!

Unknown said...

kt mana kedainya..banyak x jaul easel dy?