Thursday, November 24, 2011

Pengantin basi. :P

Alhamdulillah ! Saya dah selamat jadi isteri kepada suami tercinta. :)

Nah sekeping dua gambar masa majlis merisik+bertunang+nikah hari tu. Saya pun baru dapat tengok gambar-gambar ni pagi tadi dari Facebook my friend merangkap my OP. hihi.

Will update more later yaaa ! I miss blogging ! :D


Saturday, November 5, 2011

Fabric corsage.

Haritu bila bincang hal majlis kenduri dengan pakcik makcik, makcik tanya saya, ada corsage tak untuk family yang tolong-tolong nanti?

Errr.. 

Saya just jawab,
'Belum buat lagi..'

Walhal saya tak teringatkan family corsage tu. 

Balik dari kampung terus saya fikir pasal corsage tu. Saya rasa macam taknak buat corsage yang macam biasa ada bunga + duit RM5 tu. Saya terfikirkan nak buat samada button badge atau fabric corsage je.

Button badge memang saaaangat comel pada saya. Contoh macam ni;

 Comel gilaaaaa !


Wednesday, November 2, 2011

895.

Tadi lebih kurang pukul 9pm baru start mengadap doorgift. Isi makanan satu persatu masuk dalam plastik.  

Sekarang dah 12.34am. Baru siap 105 pek makanan.

Let's do the math.
1000 - 105 = 895.
Wohoo!

But for now, nak masuk tidur. Pinggang dah menangis mintak diluruskan. Hihi.

895 pek makanan dalam 9 hari?

One word, Ohsem!



Monday, October 31, 2011

10 hari lagi oh ohh !

Hello peeps ! Phewww lama jugak tak sampaikan khabar berita kat sini. Sejak berhenti kerja hari tu sibuk je memanjang setiap hari. Tapi dalam busy-busy tu sempat jugak balik kampung Melaka & pergi wedding member kat Seremban. Hihi. :D

Ok, now tak boleh main-main. 10 hari je lagi ! Fuyoh fuyoh sebelum ni hari duk tick-tick tarikh tu sebab nak menghitung hari. Laa ni dah tak ter-tick dah ! Huhu. Nervous ouhhh~~~~

'Amacam, dah setel semua?'.

Soalan cukup famous sekarang ni. Hehe. Hmm nak kate semua dah setel memang tipu sangatlah. Tapi up until now ada few things kena settlekan lagi. Macam doorgift, corsage untuk family, deco for guestbook table, handbouquet, henna, & gubahan hantaran ! Ok setakat tu yang ingat buat masa ni. Maybe ada lagi benda-benda kecik yang nak kena setelkan. Memang boleh jadi bridezilla oh !



Tuesday, October 25, 2011

Entry laju.

Many things happened these past few days. Phewww rasa macam tak sempat nak cerita semuanya secara panjang dan lebar. Nah entry ala-ala entry kat blog Tun M.

1. Saya dah secara rasmi menjadi penganggur hari Jumaat lalu. Perasaan? Sedih + gembira. Sedih sebab for sure akan rindu the people and the office, and of course my cubicle there. It was my first ever job there, so macam-macam pengalaman yang tak akan dilupakan.

2. Bye bye Kepong ! Saya juga dah secara rasmi keluar dari rumah sewa. Alhamdulillah dah selesai pun upacara penyerahan kunci kat penyewa yang baru. Upacara lah sangat. Padahal terpaksa tunggu berjam-jam kat rumah. Huuu. Syukurrrr dah keluar dari rumah tu. Rumah cantik, tapi tak de siapa peduli. Hailaaa.

3. Bunga pahar / bunga telur saya cantik! Hihihihi. Dah la memang cantik, di SPONSOR pulak tu. Memang laaaaagiii cantik! Cair hati bila kawan saya tunjuk bunga pahar yang dia buat sendiri dengan kakak dia. Oh oh sukaaa. Kawan saya buat bunga telur guna bunga stokin. Memang sebelum ni saya terberkenan bunga stokin ni. Nak buat sendiri, tangan keras. Nak beli? Oh tidak. Mahaiiiiii. Sekali bila kawan saya kata nak sponsor bunga pahar, takde lah saya terfikir dia nak buat bunga stokin ni. Bila saya ambil kat rumah dia Ahad lepas, hati saya oh oh terharuuuuu ! Terima kasih kawan manis ! :)


Thursday, October 20, 2011

Wedding Tips #3: Diet for big day?



'Wedding gowns get damaged if they're handled and altered a lot, so if you plan to lose a lot of weight, do it before your gown is made.'

p/s: 22 days to go! Wohooooo~ Tanda-tanda cuaks sudah menjelma ! ;p