Saturday, November 5, 2011

Fabric corsage.

Haritu bila bincang hal majlis kenduri dengan pakcik makcik, makcik tanya saya, ada corsage tak untuk family yang tolong-tolong nanti?

Errr.. 

Saya just jawab,
'Belum buat lagi..'

Walhal saya tak teringatkan family corsage tu. 

Balik dari kampung terus saya fikir pasal corsage tu. Saya rasa macam taknak buat corsage yang macam biasa ada bunga + duit RM5 tu. Saya terfikirkan nak buat samada button badge atau fabric corsage je.

Button badge memang saaaangat comel pada saya. Contoh macam ni;

 Comel gilaaaaa !



Bila saya google, ada yang beli dekat bisnes online. Tapi kes saya yang dah kesuntukan masa ni, memang tak boleh nak order online bagai untuk jumlah yang banyak. So saya pun pegi bandar untuk survey harga button badge ni kat Kluang. Saya just tau ada satu kedai yang ada buat button badge ni - Jamson & Co. 

Bila saya tanya rough price untuk button badge kalau nak order 100 pcs, tokey kedai tu cakap RM2.50. Pergh, sah2 out of budget. Itu kalau 100 pcs. Kalau saya nak kurang dari 100 pcs, mesti lagi mahal. So lepas keluar dari kedai tu, terus saya decide untuk buat fabric corsage ilham dari Puan Intan Norazam kite.

Saya nak try test je dulu. So saya pilih kain jenis cotton, 1m. 1m kain baru RM4. Lepas tu saya beli safety pin. Button saya dah beli kat kedai makcik kawan saya, Kedai Najibah kat Bandar Tun Razak sebelum saya balik Johor hari tu. Satu button RM0.50. Sedozen button RM10. So saya beli sedozen je terus.

Hari ni baru saya start project corsage ni. Padahal lagi 5 hariiii je lagi nak kenduri ! Berani mati. Padahal doorgift, veil, tak setel lagi. Haha. :D



Ok tak? Heee . Yang penting jimaaaaat ! Dalam masa sejam saya dapat buat 3 pcs corsage ni. Alhamdulillah, walaupun agak sememeh, asalkan boleh dipakai. Hihi. 9 pcs to go ! Insyaallah boleh siap by tonight ! :)

Credits to Pn. Intan kite for the tutorial ! Thank you soooo much !




1 comment:

Cik Zimie said...

wowww creative.okla tu dear.cantik dan save budget kan buat sendiri.untuk saya tatau nak buat jenis camne corsage tu.hahah later la pikir