Assalamualaikum!
Pertengahan bulan Oktober yang lalu telah diadakan pertandingan badminton Yonex Denmark Open di Odense. Odense ni agak jauh jugak dari Copenhagen, lebih kurang 3 jam perjalanan naik kereta.
Saya dan kawan-kawan, ada 3 kereta dari Copenhagen telah pun hadir menonton pertandingan tesebut. Tapi bukan datang saja-saja percuma ya. Kami beli tiket separuh akhir bila tahu yang Dato' Lee Chong Wei ada bermain di pertandingan ni. Dengan yakin dan penuh harapan yang Dato LCW akan masuk pertandingan separuh akhir, maka kami pun beramai-ramai beli tiket. Mengharap sangat dapat jumpa Dato LCW. Hehehe
Bila duduk di perantauan ni bagi saya memang ada satu perasaan lain macam sikit dia punya patriotik dia. Contohnya kalau terjumpa gambar bendera Malaysia, atau signage bahasa Malaysia, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Malaysia, automatik akan rasa seronok dan semangat sangat.
Macam pertandingan badminton ni jugaklah, masa kat Malaysia tu takde pulak terfikir sanggup beli tiket, nak bersesak-sesak kat stadium, boleh tengok kat TV aje. Tapi kat Denmark ni, semangat habis sanggup beli tiket, lepas tu sewa kereta beramai-ramai. Hehehe.
Alkisahnya, 2 hari sebelum kami ke sana, dapat berita yang Dato LCW kalah di suku akhir, dengan pemain dari Perancis. Kecewanya tak terkata, aduhaiiii. Sedihnyaaaa alahai. Tapi mujur juga pasangan beregu kita dapat masuk ke separuh akhir; Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. Ahaa ! Mujur sangat ! Kalau tak, datang saja-saja je nak support pemain negara lain. Heee.
Apa-apa hal, kita bergambar dulu.





