Salam. Harini datang mood nak ber-blog. Hehe. Alhamdulillah. Nak kongsi pengalaman masa ke Disneyland Paris hari tu.
Tiket penerbangan kami dah beli bukan main awal lagi. Ada lah dalam 5 bulan jugak sebelum pergi sini. Sebab masa tu tiket kapal terbang ke Paris dari Copenhagen tengah ada promosi. Ada rezeki lebih, kami plan untuk bawak anak-anak ke Disneyland Paris dah alang-alang sampai ke Paris.
Kebetulan jugak, Disneyland tengah buat offer diskaun tiket - One ticket for two parks; Disneyland Park & Walt Disney Studios sampai hujung summer. So apalagi, kami pun beli tiket siap-siap melalui website Disneyland.
Kalau sesiapa yang ada rancangan nak datang Disneyland ni tolonglah beli tiket online siap-siap. Sebab kalau nak beli walk in ticket, sah kena beratur panjang sangat-sangat. Lagi-lagi masa kami pergi tu hari sabtu / weekend, memang ramai sangat ! Haaa lagi satu, elok lagi kalau pergi sana masa weekdays (Isnin-Jumaat) sebenarnya. Selain kurang sikit orang, harga tiket masa weekdays pun murah sikit, kecuali kalau ada special event, dia akan jadi mahal sikit.
So, here we are in Disneyland ! Pukul 10 pagi kami dah terpacak depan Disneyland ni. Heh. Sebenarnya kami sampai Paris pagi Jumaat. Dari airport Charles de Gaule tu, kami naik train terus ke Gare Val d Europe. Dah book hotel untuk 2 malam di Residence du Parc Val d Europe. Harga train dari airport ke Val d Europe ni mahal jugak sebab tiket 5 zon, memandangkan Disneyland ni letaknya kat luar kota Paris. Kalau tak silap, lebih kurang 17 euro/ person. Budak-budak 4 tahun ke bawah naik public transport free kat sini. Hotel tu nanti kita cerita dalam entry lain lah ye. So kat sana kami cuma pusing-pusing kat area Val d Europe Shopping Mall & cuci mata kat La Vallee Village Outlet. Memang murah banyak harga barang kat sini, tapi tak banyak stoklah. Ada hari ada stok, ada hari takde stok.
Ok, berbalik kepada cerita Disneyland, kalau naik train dari Gare Val d Europe tu, turun satu stop je kat Gare Marne La Vallee Chessy (Disneyland Parc). Keluar dari train station, akan nampak beberapa bangunan Disney, macam IMAX & Disney Gallery kalau tak silap. Tapi kami tuju terus ke entrance Disneyland Paris macam gambar kat bawah ni. Excited sangat. Hehe. Sorry, maknya yang lebih. :P
Entrance Disneyland Paris. Kat sini kena scan beg macam scan kat airport tu. Makanan boleh bawak masuk, sebab kami bawak bekal nasi goreng, buah & air, tak kena apa-apa pun.
Aha lagi satu memang dinasihatkan bawak je lah bekal masuk sini. Budak-budak penat main memang cepat lapar & haus dalam ni. Kedai makan memang ada, tapi limited sebab susah nak cari yang halal kan. Yang vege pun maybe ada, cuma sesak sebab ramai orang. Susah nak cari free spots kalau kat restoran diorang. Memang kami tak tengok sangat pun restoran sana sebab dah bawak bekal siap-siap. Cuma banyak beli aiskrim & air je kat dalam tu.
See. Ini lah barisan untuk beratur beli tiket. Nangis tengok. Masa ni Disneyland baruuuu je bukak. Dah panjang macam ni. So korang beli lah tiket siap-siap ye. Yang dah ada tiket pun kena beratur jugak belah kiri tu, cuma takde lah seramai macam ni. Lagi pun, kaunter untuk yang ada tiket tu laju je, cuma nak scan tiket yang korang dah beli tu.
Kat depan entrance Walt Disney Studios.
Sebab kami dapat beli One ticket for two parks in one day; kami decide untuk masuk Walt Disney Studios dulu. Kalau baca review lain pun, ramai yang suggest macam ni sebab petang pukul 5.30pm nak tengok Disney Parade kat Disneyland Park.
Cuaca bukan main cantik lagi haritu. Panaih, 26 degree. Hehe. Alhamdulillah sangat. Kalau hujan, leceh gak kan nak bergerak ke sana-sini dalam ni.
Ok, till next post !
2 comments:
BESTNYAAA. Maksudnya bajet keselurihan utk disneyland ni berapa euro?
Mardhiah;
Sooo sorry sebab lambat reply. Untuk tiket masuk you boleh check dekat website Disneyland Paris. Sebab kadang-kadang diorang ada buat promotion. So untuk latest update, better check kat website ya. Untuk perbelanjaan lain, macam kitorang, cuma spend untuk air / aiskrim untuk anak-anak. Makanan kitorang dah bawak bekal siap-siap sebab confirm mahal harga makanan dalam tu, and very limited susah punya nak cari yang halal. Hope this helps ;)
Post a Comment