Soooo, keesokan harinya, macam biasa bila dah petang & dah habis sesi conference, baru lah kami tiga beranak dapat keluar dari bilik hotel dan ambil angin Munich. Petang tu kami decide untuk ke Old Town Munich di Marienplatz dengan menaiki underground train. Dari hotel kami ke underground train station tu dekat je, alhamdulillah senang nak ke mana-mana. Station terdekat dengan hotel yang kami stay tu namanya Oberwiesenfeld station. Nak ke Marienplatz kami naik train U3, lebih kurang 20 minit dah sampai di Marienplatz station.
Budak berdua ni sangat-sangat lah excited kalau dapat naik train.
Train station & keadaan dalam train di Munich ni sangat bersih ! Thumbs up for that !
Sampai di Marienplatz, keluar je dari train station, tak jauh dari situ kami sampai tempat yang dituju. Nak tengok sangat Neues Rathaus atau New Town Hall yang terkenal di Munich. Memang sebelum ni kalau sebut Munich, akan terbayangkan Neues Rathaus ni je sebab architecture gothic dia tu.
Ni sebelum sampai depan Neues Rathaus. Dah nampak dah ciri-ciri gothic kat bangunan kat street ni.
Ahaaa nama street ni Weinstrasse.
Tadaaa, sampai sudah di Neues Rathaus ni. Selalu tengok gambarrr je sebelum ni sebab famous sangat, alhamdulillah dapat rezeki tengok depan mata sendiri.
Memang ramai sangat orang walaupun masa ni hari weekdays, bukan hujung minggu. Masing-masing cuti summer kot.
Architecture dia memang memukau mata yang memandang. Unik.
Menara Glockenspiel ni pun agak terkenal jugak. Pada waktu-waktu tertentu, patung-patung kat menara ni akan berpusing-pusing.
Masa kami datang ni, tak dapat tengok. Tapi sebelum ni kami dah pernah tengok di Old Town Prague, jadi rasanya macam boleh agak patung-patung tu bergerak macam mana. Teringat lagi masa di Old Town Prague tu, kami sampai di sana masa betul-betul jam di menara tu dah nak berbunyi. Tengok-tengok penuh manusia depan menara tu tengah bersedia nak record. Kami pun tumpang lah excited. Bila dah berbunyi & patung-patung tu dah berpusing, dalam hati terdetik, "Laaaa ni je ke?". Hahahahaha. Sorry maybe kitorang tak dapat aura ke-excited-an orang lain masa tu. Hehehe. InsyaAllah ada rezeki nanti akan buat entry #AnnaTravelogue di Prague.
Cuma.. satu benda tentang location Neues Rathaus ni, saya expect kawasan dia macam dikelilingi bangunan-bangunan lama, ala-ala Grand Place di Brussels, Belgium. Sekali bila sampai di Neues Rathaus ni, bangunan ni je sebiji yang gothic style. Depan kiri kanan Neues Rathaus ni bangunan dah moden. So, yeah. Tak seperti yang saya expect lah. Hehe. But still, Neues Rathaus itself memang uniklah, tak boleh nak nafikan. :)
Interior sebuah kafe di Neues Rathaus. Pelbagai koleksi coffee grinder.
Banyak betul coffee grinder makcik (owner) kedai ni.
Apple pie.
Germany lebkuchen. Sejenis ginger bread yang biasanya dijadikan cenderahati atau hadiah bagi kawan-kawan dan family. Cuma saya kurang pasti diorang buat ni untuk makan ke atau simpan buat kenangan. Suami pun dapat satu dari conference organizer, kitorang buat simpan je. Hehe
Harga dalam currency Euro.
Layankan budak berdua ni makan aiskrim. Diorang ni winter pun boleh sebat aiskrim, apatah lagi masa musim summer ni. Pantang nampak!
Bangunan putih tu adalah Old Town Hall.
Okay dah, jom balik!
2 comments:
selamat hari raya Anna n family. Anna ada insta tak? can i be ur follower? š¬
Vera;
Yeah sure! my instagram is @_nfarahana_ . <3
Post a Comment