Tuesday, September 20, 2016

Bercuti di Disneyland Paris: Part 1

Salam. Harini datang mood nak ber-blog. Hehe. Alhamdulillah. Nak kongsi pengalaman masa ke Disneyland Paris hari tu. 

Tiket penerbangan kami dah beli bukan main awal lagi. Ada lah dalam 5 bulan jugak sebelum pergi sini. Sebab masa tu tiket kapal terbang ke Paris dari Copenhagen tengah ada promosi. Ada rezeki lebih, kami plan untuk bawak anak-anak ke Disneyland Paris dah alang-alang sampai ke Paris.

Kebetulan jugak, Disneyland tengah buat offer diskaun tiket - One ticket for two parks; Disneyland Park & Walt Disney Studios sampai hujung summer. So apalagi, kami pun beli tiket siap-siap melalui website Disneyland. 

Kalau sesiapa yang ada rancangan nak datang Disneyland ni tolonglah beli tiket online siap-siap. Sebab kalau nak beli walk in ticket, sah kena beratur panjang sangat-sangat. Lagi-lagi masa kami pergi tu hari sabtu / weekend, memang ramai sangat ! Haaa lagi satu, elok lagi kalau pergi sana masa weekdays (Isnin-Jumaat) sebenarnya. Selain kurang sikit orang, harga tiket masa weekdays pun murah sikit, kecuali kalau ada special event, dia akan jadi mahal sikit. 

So, here we are in Disneyland ! Pukul 10 pagi kami dah terpacak depan Disneyland ni. Heh. Sebenarnya kami sampai Paris pagi Jumaat. Dari airport Charles de Gaule tu, kami naik train terus ke Gare Val d Europe. Dah book hotel untuk 2 malam di Residence du Parc Val d Europe. Harga train dari airport ke Val d Europe ni mahal jugak sebab tiket 5 zon, memandangkan Disneyland ni letaknya kat luar kota Paris. Kalau tak silap, lebih kurang 17 euro/ person. Budak-budak 4 tahun ke bawah naik public transport free kat sini. Hotel tu nanti kita cerita dalam entry lain lah ye. So kat sana kami cuma pusing-pusing kat area Val d Europe Shopping Mall & cuci mata kat La Vallee Village Outlet. Memang murah banyak harga barang kat sini, tapi tak banyak stoklah. Ada hari ada stok, ada hari takde stok. 

Ok, berbalik kepada cerita Disneyland, kalau naik train dari Gare Val d Europe tu, turun satu stop je kat Gare Marne La Vallee Chessy (Disneyland Parc). Keluar dari train station, akan nampak beberapa bangunan Disney, macam IMAX & Disney Gallery kalau tak silap. Tapi kami tuju terus ke entrance Disneyland Paris macam gambar kat bawah ni. Excited sangat. Hehe. Sorry, maknya yang lebih. :P

Entrance Disneyland Paris. Kat sini kena scan beg macam scan kat airport tu. Makanan boleh bawak masuk, sebab kami bawak bekal nasi goreng, buah & air, tak kena apa-apa pun.

Copenhagen - Doha by Qatar Airways.

Perjalanan pulang kami ke Malaysia bulan Mei yang lalu dengan menaiki Qatar Airways. Berlepas dari Copenhagen lebih kurang pukul 10.30 malam, jadi bila dah berlepas tu, anak-anak terus tidur keletihan. Bila anak dah tidur tu, lega sangat-sangat rasa lapang fikiran. Kalau tak, asyik risau takut anak-anak meragam dalam kapal terbang.


9.17 pm. Cerah lagi masa ni sebab dah nak masuk musim panas, jadi waktu siang tu panjang.