Sunday, July 24, 2016

Aidilfitri 1437H / 2016 di Copenhagen - Part 2

Assalamualaikum.

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri untuk warga Malaysia di Copenhagen tahun ni dibuat di rumah salah seorang rakan kami, Kak Pekjah & Pali yang baru je beberapa bulan berhijrah ke sini. Sebabnya, rumah dia sangat besar dan ada halaman yang sangat luas. Siap ada pokok epal, anggur, & ceri lagi! Tu sebab ada yang kata rumah diorang ni our unofficial Kedutaan Malaysia kat sini. Almaklumlah, kat Denmark ni takde Kedutaan Malaysia.. Sedih jugaklah takde kedutaan kat sini. Kalau rakan kami yang dari Indonesia seronok dapat sambut raya di kedutaan Indonesia kat sini. Macam kami ni, buat sambutan sendiri je lah. Huu. Apa-apa urusan macam pendaftaran bayi yang baru lahir untuk dapatkan surat beranak etc, selalunya kami berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden.

So, alhamdulillah, tak kurang meriah jugak sambut hari raya Aidilfitri untuk kali kedua kami di sini, Cuma kurangnya, kaum keluarga sanak saudara yang jauh dimata. Mujur ada rakan-rakan seperjuangan di sini yang sudah pun dianggap seperti keluarga sendiri, susah senang dikongsi sama-sama.. Dapatlah mengubat hati yang lara tak dapat balik beraya di Malaysia.. :)

 Sebelum keluar rumah kita wefie dulu ! 


Thursday, July 21, 2016

Aidilfitri 1437H di Copenhagen - Part 1

Assalamualaikum.


Lambat sikit update kisah sambutan raya kami di Copenhagen 1 & 2 Syawal hari tu. Sebab raya keempat kami ‘beraya’ di Krakow Poland, lepas tu ‘beraya’ di Berlin, Germany pulak. (Raya lah sangat :P). Hehehe

So tahun ni pengalaman beraya kami unik sedikit. Sebabnya, kami raya ikut Turki, masjid yang dekat dengan rumah kami tu masjid Turki, so kami raya sehari awal dari di Malaysia. Ada jugak kawan-kawan lain di sini masjid nya ikut Arab Saudi, so diorang raya sama hari macam Malaysia. 

Jadinya, masa hari raya pertama kami tu, siapa yang sambut Syawal awal sehari tu, kami sama-sama berkumpul di rumah kawan kami di Frederiksberg. Tak ramai, sebab tak semua ada dan kami pun dah sama-sama plan akan berkumpul ramai-ramai semua Malaysian yang ada keesokan harinya.

So untuk hari raya pertama hari tu, saya masak rendang dan kuah kacang, rebus nasi impit & lemang instant Nona. Fikirnya anak-anak boleh makan sekali, tapi kuah kacang dan rendang tu terlebih pedas pulak. So pagi raya tu lah baru saya berkungfu kat dapur buat lontong untuk anak-anak. Tapi tak lengkap pun sebab tak semua bahan ada, terlupa nak beli awal-awal. So lontong perantauan lah jadinya untuk anak-anak sebab tak cukup bahan. Jadilah.... 

 Nasi impit, lemang dengan kuah kacang dan rendang daging.


Friday, July 8, 2016

Salam Perantauan

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri, salam lebaran dari kejauhan ! Alhamdulillah, syukur Allah beri peluang sekali lagi untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan, dan sama-sama dapat meraikan hari raya Aidilfitri sebagai simbolik hari kemenangan bagi umat Islam yang berjaya melalui bulan Ramadhan yang penuh barakah.

So sempena ketibaan Aidilfitri ni, kami sekeluarga telah berjaya 'menempel' dalam suratkhabar Kosmo hari tu. Hehehe. Tahun ni sudah pun tahun kedua kami beraya di Copenhagen, tapi inilah kali pertama ucapan hari raya kami berjaya menembusi dada akhbar. Gitteww.

Sebenarnya tahun lepas saya ada hantar salam perantauan ni ke beberapa akhbar Malaysia, tapi tak tahulah ada publish ke tidak. Sebab tak ada siapa pun yang perasan muka kami dalam salam perantauan. Keciwa. Hehe.

Tahun ni, saya hantar satu je ucapan salam perantauan, alhamdulillah ada kawan yang perasan muka kami dan postkan di wall Facebook saya. Berjaya, yay! Hehe. Suami boleh pulak tanya, kenapa tak hantar banyak-banyak kat akhbar lain? Hehehehe. Bukan main lagi dia. :P