Friday, August 4, 2017

BMW Welt, Munich, Germany

Salam!

Ok esoknya kami ke BMW Welt, tak jauh dari hotel kami. Dalam area Olympiapark jugak. Dari train station dekat hotel kami tu hanya satu stop je.

Nak masuk BMW Welt ni percuma saja. Tak macam kalau nak masuk BMW Museum. Berbayar. Tak sure pulak apa yang ada kat dalam BMW Museum tu, mungkin tunjuk sejarah BMW & model dari dulu sampai sekarang kot.

Best jugak masuk BMW Welt ni sebab dapat merasa duduk a.k.a. berangan dalam semua model BMW, dan model-model lain jugak macam Mini Cooper. Hehe. Dalam BMW Welt ni juga ada kafeteria & kedai souvenir yang kita boleh masuk.

Dah sampai BMW Welt. Lokasi dia ni betul-betul depan dengan BMW HQ. Kalau dari train station tu boleh nampak dah signboard BMW HQ & BMW Welt ni.

Tuesday, July 11, 2017

Merienplatz, Munich, Germany.

Soooo, keesokan harinya, macam biasa bila dah petang & dah habis sesi conference, baru lah kami tiga beranak dapat keluar dari bilik hotel dan ambil angin Munich. Petang tu kami decide untuk ke Old Town Munich di Marienplatz dengan menaiki underground train. Dari hotel kami ke underground train station tu dekat je, alhamdulillah senang nak ke mana-mana. Station terdekat dengan hotel yang kami stay tu namanya Oberwiesenfeld station. Nak ke Marienplatz kami naik train U3, lebih kurang 20 minit dah sampai di Marienplatz station.

Budak berdua ni sangat-sangat lah excited kalau dapat naik train. 

Thursday, July 6, 2017

Olympiapark, Munich, Germany.

Petang-petang lepas suami dah selesai present paper hari pertama conference tu, kami pun keluar ambil angin petang. Masa tu lebih kurang pukul 7 pm macam tu, tapi still cerah lagi sebab maghrib masuk pukul 9++ pm. Kawasan Olympiapark ni sangat luas, dekat je dengan hotel kami. Kat Olympiapark ni ada stadium Olimpik (Olympiastadion), menara Olimpik (Olympiaturm) dan tasik Olympia (Olympiasee) yang jadi tourist attractions kat Munich ni. Nak sampai kat kawasan tu kena berjalan kaki lebih kurang 2km jugaklah. Hotel ada sediakan basikal untuk disewa, tapi carrier untuk budak-budak pulak takde. Kalau dapat naik basikal kat area sini memang syok sangatlah.


Wednesday, July 5, 2017

Copenhagen - Munich. #AnnaTravelogue

Memandangkan dalam tempoh 3 tahun ni, bulan Ramadhan dan Syawal jatuh pada musim panas (summer), sebab tu lah tempoh puasa kami di Denmark ni lebih kurang 19-20 jam.Pasal puasa rasanya macam pernah buat entry sebelum ni (klik: Ramadhan di Copenhagen), so entry kali ni nak cerita pasal travel di bulan Syawal pulak.

Kat sini, atau di Eropah umumnya, tak kira pelajar sekolah atau yang bekerja, mereka akan bercuti panjang masa musim panas. Macam kita di Malaysia, cuti panjang masa raya atau cuti hujung tahun, kan? Ahaa, kalau di Eropah khususnya macam di Denmark, mereka akan bercuti panjang 1-3 bulan masa musim panas ni. Kalau kat tempat kerja tu, diorang siap disuruh cuti, sebab nak kosongkan pejabat. Sampai macam tu sekali. Hehe.

Tunggu bas nak ke Copenhagen Airport kat depan rumah. Alhamdulillah, cuaca cerah. Masa ni pukul 7.30 pagi. Flight kami pukul 11.15 pagi. Nak ke airport dari rumah ambil masa dekat sejam jugak So, biasanya memang gerak 3-4 jam awal sebelum waktu berlepas.

Aidilfitri 2017 (Part 2)

So.. bila perut dah penuh dan masing-masing dah kenyang, maka bermulalah sesi fotografi raya kat halaman rumah Kak Pekjah. Memandangkan sambutan Aidilfitri kat sini bukanlah macam kat Malaysia yang 30 hari 30 malam beraya dan pergi open house, maka sakanlah kami berposing ambil gambar hari tu. Esoknya (Isnin), masing-masing dah masuk office macam biasa. *sobs*. Hehe.

Mi familia <3.

Tahun ni warna tema keluarga kami - hijau emerald. Warna ni sebenarnya adik-adik ipar yang tolong beli dan pilihkan. Sebulan sebelum puasa, mak ayah mertua & adik ipar datang melawat kami di Copenhagen. Jadi sebelum diorang mai tu, saya kirim adik-adik ipar shoppingkan baju raya untuk kami. Dan memandangkan 1-2 bulan sebelum puasa tu banyak butik buat clearance stock sebab masing-masing nak keluarkan koleksi baru untuk raya, saya pun mintak tolong adik ipar belikan baju-baju dari rakan blogger di zaman muda remajaku; Rina Salleh Clothing, masa diorang buat warehouse clearance. Ku kirim beli dua pasang baju, dibelinya 4 pasang untukku. Rezeki.... hehehe. Memang cantik-cantik, walaupun dah out season. Dari 4 pasang baju tu, adik ipar pilih satu baju, dan matchingkan dengan baju anak-anak & suami. Baju anak-anak cap Upin Ipin, dan kurta suami dari Aisy Asyraf. 

Tahun ketiga Aidilfitri di Copenhagen, Denmark...(Part 1)

...dan mungkin yang terakhir kali menyambut lebaran di bumi Scandinavia ni. *tsktsk*

Dan seperti tahun-tahun yang lepas, kami sekeluarga akan menyambut Aidilfitri dengan rakan-rakan Malaysian, Singaporean, dan Indonesian di sini. Sebelum raya lagi dah create whatsapp group untuk bincang dan bahagikan tugas untuk sambutan hari raya ni. Macam potluck lah lebih kurang. Tapi untuk menu utama, iaitu sate, 2 hari sebelum raya tu kami gotong-royong beli barang dan cucuk sate. 

Pagi 1 Syawal tu lepas solat sunat Aidilfitri, kami terus ke rumah Kak Pekjah, host untuk sambutan Aidilfitri kami kat sini untuk kali kedua. Rumah Kak Pekjah ni besar, ada laman yang luas, so memang sesuailah kitorang gelarkan sebagai Malaysian Embassy kami kat sini memandangkan di Denmark ni tak ada Kedutaan Malaysia. 

Tahun ni, saya ditugaskan untuk masak rendang daging, dan setiap keluarga kena bawa sekurang-kurangnya sejenis kuih raya. Macam-macam lagi menu lain yang ada.Wajiblah kan, menu banyak-banyak barulah raya. Sekurang-kurangnya terubat lah rindu nak makan makanan-makanan raya ni macam raya kat kampung halaman sendiri. 

So, hari tu, selain sate, ada rendang daging 3kg by yours truly, ada nasi impit, ketupat palas, kuah kacang, serunding ikan/ayam/daging, ayam masak merah, nasi minyak selamat pemgantin baru (haha), laksa sarawak, soto, lontong, dan macam-macam jenis kuih raya dan kek. 

Gemuk-gemuk punya sate. Pueh hati den makan ! Hehe