Wednesday, September 9, 2015

Sebelum terbang ke bumi Viking.

Sebelum boleh terbang ke Denmark, banyak urusan yang kena diselesaikan dulu. Antaranya memohon resident permit (RP) di kedutaan Denmark di Kuala Lumpur. Bukan tak boleh pos je ke sana, tapi kalau bagi dokumen-dokumen yang diorang perlukan tu by hand, boleh lah diorang check masa tu jugak kalau ada yang tak lengkap ke apa. Sebab nak menunggu permohonan tu diproses dan keputusan permohonan tu samada berjaya atau tak bukannya sekejap. Untung nasib baik bolehlah dapat sekejap. Tapi kalau nasib tak berapa baik, memang lama nak tunggu siap. Macam kes kami lah, tak sampai seminggu sebelum sepatutnya kami kena terbang sebab nak kejar tarikh husband daftar di universiti, baru lah permohonan RP kami siap. Mana tak nya kelam kabut masa tu lah nak book tiket flight, masa tu lah nak kemas barang, nak kosongkan rumah sewa, bertolak dari Perlis ke KL. Mujur jugak suami dapat mintak postpone seminggu untuk daftar di universiti. Dapatlah bertenang sikit, jumpa saudara-mara, tapi sedih jugak sebab tak sempat nak balik rumah parents di Kluang. Kami hanya berjumpa di kampung nenek di Negeri Sembilan je. Takpelah alhamdulillah ada jugak rezeki nak spend masa 2-3 hari dengan keluarga di sana.

Di Kedutaan Denmark di KL. Kecik je pejabat diorang ni. Sewa kat bangunan orang. Sebelum sampai sampai kitorang expect besarlah macam kedutaan negara lain. Hehe



Satu daripada berkotak-kotak yang kami pos ke Denmark lepas dah dapat rumah sewa di sana. 

Kalau tak silap kami mula pos barang-barang macam rempah-ratus, pakaian, dan barang-barang nak menyambut baby baru tu dua bulan sebelum kami terbang. Pos melalui kapal laut, jadi ambil masa 3 bulan ke atas untuk sampai. Banyak jugak kos kitorang pos barang ni. Tapi atas nasihat kawan-kawan yang ada di Denmark yang dah bagitau mana yang ada, mana yang tak ada di Denmark, kami pos jugaklah. Antaranya, ikan bilis, cili kering, belacan, kerisik, set gunting rambut (sebab kos gunting rambut kat Denmark mahal, untuk budak je boleh cecah 100DKK sorang, itu baru budak. Huu), dan lain-lain. Lagi satu, sebab kitorang pun tak pernah ke sana kan, jadi rasa macam semua benda pun nak pos. Hehehe. Tapi bila dah sampai Denmark ni, ada je barang yang kitorang rasa tak payah pos pun takpe. Sebab boleh dapat di kedai Asia. Walaupun harga memang mahal sikit (semua barang pun mahal sini), tapi mudah lagi rasanya beli je kat sini, dari pos berkoyan-koyan dari Malaysia, sudahnya tak dapat pakai sebab dah rosak, beli banyak sangat. Takpelah, lepas dah tahu ni tak payah lah susah payah nak import semua barang dari Malaysia lagi. Yang tak pernah jumpa lagi kat sini macam belacan, kerisik. Itu bolehlah import dari Malaysia. Hehe. Jangan tak tahu, petai, tempe, pun ada kat sini tau. Kalau sesekali teringin memang boleh je beli kat kedai Asia. Lagi mudah.

Oklah, till next post, insyaAllah.

Salam!

Tuesday, September 8, 2015

Setahun di bumi Viking.

Sekarang ni di Denmark dah masuk musim luruh / autumn. Maksudnya, sudah hampir genap setahun kami di bumi Viking ni. To be exact, 3 Oktober nanti genaplah setahun kami di sini. Pantas sungguh masa berlalu. Sungguh, rasa sekejapnyaaa dah setahun ! Rasa macam tak percaya. Saya dan suami of course lah nervous bila mengingatkan tuntutan perjalanan PhD kitorang. Eh apa aku dah buat dalam masa setahun ni? Macam takde pape je? Hehe. Begitulah dalam kotak fikiran kitorang. Memang cuak beb!

Teringat lagi masa awal kitorang sampai di airport Kastrup, Copenhagen, masa tengah beratur check kastam tu, rasa macam, "Eh panasnya! Kata negara sejuk?". Berpeluh-peluh kitorang dengan mengangkut hand luggage nya, melayan Affan yang masa tu umur 1 tahun 7 bulan. Tengah aktif sangat nak berlari ke sana sini. Padahal sebenarnya dalam airport tu diorang pasang heater. Mana lah kita nak tahu kan sebab tak pernah sampai negara orang kecuali Singapura. Hehe.

Kitorang disambut oleh supervisor suami kat airport. So bila dah perkenalkan diri kitorang pun terus menuju ke parking kereta. Masa tu barulah rasa sejuk. Masa tu suhu dalam 15 degree celcius kot. Syok je dingin. Dalam hati, "Best camni. Tak lah sejuk sangat'". Sekali bila angin bertiup, perghhhh sejuk gila ! Affan yang tengah tidur berdukung pun boleh terjaga sebab angin kuat sangat-sangat. Gigil-gigil sekejap. Hehe



Kat rumah sewa, sorang student Malaysia, Sham, dah standby tunggu kami untuk pass kunci dan tolong load barang. Alhamdulillah, kedatangan kitorang ke Denmark ni memang dapat banyak sangat pertolongan oleh student Malaysia kat sini. Tak lah terkontang-kanting kitorang bila sampai sini. Lepas dah load barang, kitorang terus ke rumah Sham & Kak Siti. Tumpang tinggal untuk beberapa hari sementara nak beli few basic furniture dan barang dapur.

Esoknya, terus join Malaysian sambut hari raya Aidiladha kat rumah Kak Zana & Arif di Rodovre. Meriah memang meriah. Masa tu lah kitorang perkenalkan diri kat Malaysian yang lain.. Gambar pun tak amik masa tu.. Almaklum lah, malu-malu kucing lagi. Hikhikhik. Penat toksah cakap lah, dengan jetlagged lagi after 17 hours journey with 3 hours transit kat Dubai. Lepas balik dari majlis hari raya tu, terus tergolek kitorang anak-beranak, tidur sampai esoknya. Hehe. Oh ya, sekarang ni beza waktu Malaysia dengan Denmark 6 jam. Denmark lewat 6 jam dari Malaysia.

Gambar kat bawah ni sekitar Denmark Technical Univ (DTU), masa first time kitorang sampai sini sebab suami nak jumpa SV dia. Thanks to Kak Sazuan & Kamarul bawak kitorang tour Lyngby & DTU. :)

Pokok-pokok hijau dah bertukar warna ke kuning / merah / coklat.

Sementara tunggu suami jumpa SV dia, kami stay kat pantri bangunan Mechanical Engineering.

Pantri dia macam wowww bestnya. Complete semua ada. Fridge, microwave, coffee maker, 3 in 1 hot chocolate, buah-buahan.

Nak micowave, kettle? Haa semua ada.

Sorang amik satu je okayyy. Kalau tak letak rules camni memang cepatlah habis agaknya, Hehe

Kalau nak cerita pasal currency pulak. Di Denmark ni guna currency diorang sendiri, which is Danish kroner (DKK). Masa kitorang sampai tu, 10DKK lebih kurang RM5 kita. Tapi sekarang ni of course lah dah lain sebab currency kita jatuh kan. So sekarang ni 10DKK sama dengan RM6.49. Kalau orang dengar ni still orang ingat duit kita besar kan? Memang besar, tapi real value 10DKK diorang tu macam 10sen kita je sebenarnya. Ok over, mungkin macam RM2 kita. Hehehe. Sebagai contoh nak bagi korang imagine dan mudah digest, antara harga barang kat sini; contoh bawah ni harga purata;

Ayam 1kg: 50DKK
Colgate: 30DKK
Aiskrim 1L: 40DKK
Mineral water: 20DKK

Haaa begitulah. Telan air liur kami nak membeli barang sebab awal-awal tu tak biasa lagi kan. Asal nak beli barang je, dalam kepala mesti duk kira-kira convert ke RM. Hehe. Sekarang ni dah imun dah. Pejam mata je beli barang. Itupun cari mana yang tengah ada diskaun atau offer. Huuu. Living cost diorang memang tinggi. Tax diorang pun kalau nak compare dengan GST kita yang 6% tu, diorang punya VAT 25%! Tapi diorang tak kisah pun sebab apa? Sebab gaji diorang tinggi, kebajikan diorang terjaga, infrastuktur kemudahan diorang lengkap from A to Z. InsyaAllah ada kelapangan nanti saya akan ceritakan serba sedikit..
Oklah, till next entry, insyaAllah. Cuba juga curi masa sebelum terlupa satu-persatu. Hehe

Salam!

Monday, September 7, 2015

Janji tinggal janji :P

Kononnya nak aktif semula berblogging, tapi janji tinggal janji. Ya Allah, susah betul nak cari masa yang betul-betul free tak de buat apa-apa sekarang ni. Maklumlah, jadi surirumah + student sepenuh masa, dengan dua anak, kat tempat orang pulak tu memang menuntut masa dan kesabaran yang banyak sangat. Hari-hari buat semua benda from A to Z, dari bangun siapkan anak, prepare breakfast & bekal untuk suami & Affan ke sekolah. Lepas diorang dah pergi sekolah, kena melayan si adik pulak, sambil fikir nak masak apa untuk makan malam (biasanya makan tengahari apa yang mudah je sebab untuk makan sendiri). Lepas tu prepare pulak makanan si adik (puri, puri, dan puri). Kalau rajin kemas rumah sikit, kalau tak rajin, paksa diri rajin untuk mengadap paper & thesis writing pulak. Dalam pukul 3pm dah kena start masak untuk makan malam & biasanya masak lebih so boleh buat makan untuk dua hari. Petang dalam pukul 5pm Affan & suami balik sekolah, so memang tutup buku, tutup laptop, spend masa dengan diorang pulak. Layan sampai jam 8.30 malam, sedia nak tidurkan anak-anak pulak. Dan selalunya, bila tidurkan anak-anak, saya pun layan tidur sekali. Entah rasa letih sangat padahal duduk rumah je 24 jam. Huhu. Kalau terjaga malam, bangun untuk sambung kerja writing sampai lah tak larat. Then tidur, sampai bangun pagi esoknya buat rutin yang sama setiap hari.

Awal-awal dulu memang stress macam ya Allah, letihnya.. rasa tak larat nak buat semua benda. Kerja-kerja study pun banyak tertangguh. Tapi lama-lama dah biasa dengan rutin macam ni. Tapi still rasa tak cukup hard work mengadap kerja study. Rasa macam sikit nya lah progress. Semoga Allah permudahkan..


Tuesday, May 12, 2015

Basikal pertama Affan.

5 Mei 2015.

Sejak datang ke sini memang perasan budak-budak kecik kat sini selalu naik basikal yang tak ada pengayuh. Duk main tolak dengan kaki aje. Orang sini panggil løbecykel, kalau translate - running bike. So memang kena berlari lah kalau naik løbecykel ni. Hee. Memang dah lama berhajat nak belikan Affan jugak. Tapi tak beli-beli sebab tak jumpa yang murah. Harga løbecykel ni selalunya dalam lingkungan DKK 399 - DKK 500++. Mahal bukan main.

Rezeki Affan, minggu lepas kami ke supermarket dekat dengan rumah nampak basikal ni ada sale. DKK 199 ! Memang murah banyak. Abah Affan pun tak fikir panjang lagi terus belikan sebab tengok pun masa tu tak banyak basikal ni. Tinggal 4 kotak aje.  Lepas beli, on the way balik ke rumah singgah kat playground yang dekat dengan rumah. Sementara bagi Affan main gelongsor & main pasir, abah Affan dengan semangatnya terus pasang løbecykel tu nak bagi Affan main. Excited Affan bila nampak basikalnya dah siap dipasang. Terus naik, tapi kekok lagi. Pegang handle basikal pun macam pegang cucur ikan bilis aje. Hihihihi. Kena banyak practice ni. Kalau dah pandai nanti tak payah dah lah Affan naik stroller kalau jalan-jalan, naik basikal je.

Polis (bahasa) = Politi (danish) = Polis (swedish)

Monday, May 11, 2015

Lagu kegemaran sekarang - Kun Anta by Humood AlKhudher

Ok sekarang ni tak berhenti dengar lagu ni. Sambil tidurkan anak pun boleh. Hihihi :D Mula-mula memang ada nampak video dia ni nyanyi dalam kereta yang orang duk share kat FB. Tengok sekali, ok sedap. Hensem pula tu. Kekeke. Tapi lepas tu ignore saja lepas tengok sebab tak tau dan tak kenal siapa kan. Tapi bila ternampak Maher Zain share gambar diorang berdua, terus fikir, 'ok he must be 'somebody'. Lalu gigihlah search FB dan dengar full song terus suka sangat ! Makna lirik pun sangat best. Lalu letak di blog ni untuk rujukan di masa hadapan ceh ;p


Tuesday, May 5, 2015

Pengalaman melahirkan anak sulung - bhgn 2

Punyalah lambat nak sambung part 2 punya ni. Hihi. :D

3am
Rasa sakit contraction semakin kuat. Dari 15 minit sekali, ke 10 minit sekali.. Saya dah mengantuk sangat masa tu, terlelap jugak. Tapi bila dah 5 minit sekali asyik terjaga bila sakit contraction tu datang, cakap dalam hati, pukul 4 ni kalau dah tak tahan sakit nak pi bagitau nurse..

4am
Rasa sakit sangat-sangat dah. Nak panggil nurse tapi tak nampak pulak ada nurse dekat-dekat bilik wad. Terpaksalah saya bangun, jalan perlahan-lahan cari nurse. Kat kaunter pun takde. Ah, sudah. Mana lah pulak nurse ni. Cari punya cari jumpa lah nurse dekat satu bilik tu. Saya bagitau nurse tu saya sakit sangat dah ni. Nurse tu pun suruh saya baring dan dia nak check bukaan saya.

Bila dia seluk tu, dia tanya saya,

"Awak dah meneran ke tadi?"
"Eh, takde nurse"
"Saya tak rasa pun kepala ni."
"Betul saya takde teran pun"
"Ok takpe, siap-siap ke wad bersalin. Dah buka 9cm ni"

Allahuakbar. Dah 9cm. Patutlah punya sakit saya menahan. Rupanya dah nak keluar dah baby saya ni. Saya minta izin nak ambil telefon kat bilik wad sebab dalam kepala nak panggil suami ada di sisi saya semasa bersalin nanti. Saya telefon suami, bagitahu yang saya dah nak masuk wad bersalin. Suami saya yang memang tunggu di lobby sepanjang malam tu kata dia akan masuk wad bersalin bersama saya, insyaAllah.

5am
Di dalam wad bersalin. Beberapa orang nurse sedang menyiapkan peralatan manakala saya sudah siap-siap berbaring sambil membaca doa Nabi Yunus tanpa henti. Terkumat-kamit mulut ni sambil jantung berdegup kencang. Tiba saatnya. Saat yang selama ini saya & suami serta keluarga tertunggu-tunggu. Tiba saat saya bakal berjumpa dengan bayi yang dikandung selama 40 minggu. Tapi dalam masa yang sama, perasaan nervous, cemas memang ada. Mungkin sebab itu pengalaman pertama, jadi saya tak tahu nak expect macam mana.

"Awak dah buang air besar?" soal nurse. Saya menggelengkan kepala. Lalu dimasukkan ubat untuk saya buang air besar. Tak lama lepas tu saya dah terasa nak membuang.

"Kena pergi toilet ke ni?" Tanya saya kepada nurse.
"Tak payah. Awak buang je atas katil ni."

Allah.. punyalah malu tak tertanggung. Hihi. Tapi nak buat macam mana. Kesian kat nurse terpaksa bersihkan hasil buangan saya tu. Memang saya terbaring je sambil pejam mata. Maluuu... Hehehe

Semua dah bersedia. Doktor pun sudah ada. Alhamdulillah doktor perempuan yang ada masa tu. Kurang lah sikit malunya. Doktor bagitahu, kalau sakit datang, saya dah boleh meneran sekuat hati.

Saya tanya nurse, mana suami saya? Nurse bagitahu, bila dah nampak kepala baby, baru suami akan dipanggil masuk..saya pasrah saja..

Bila sakit datang, saya cuba teran, susahnyaaa nak keluar babynya. Nurse cakap saya salah teknik meneran. Sambil menjerit saya teran lagi sekuat hati. Kena marah lagi sebab menjerit. Saya pun tak boleh nak kawal, sebab macam automatik terjerit bila nak meneran sekuat hati tu.

Baby tak keluar juga. Mereka perlu ubah prosedur bersalin. Kaki saya perlu digantung ke atas. Doktor bagitahu, kalau dah buat prosedur ni, suami memang tak boleh masuk. Runtun hati, tapi apakan daya, saya akur.. Yang penting saya kena usaha bagi baby keluar juga..

Doktor cakap jantung baby dah semakin lemah. Saya kena teran cepat supaya baby dapat keluar segera. Allah.. masa tu saya dah tak ingat dah macam mana & apa yang saya buat. Yang saya tahu saya teran sekuat hati tak tahu lah punggung terangkat ke menjerit ke yang penting baby saya dapat keluar segera. Dengan bantuan doktor yang menekan-nekan perut saya supaya baby dapat turun cepat, alhamdulillah baby dapat keluar akhirnya, tepat jam 5.30 pagi, 7 Mac 2013.

Saya memejam mata..keletihan..sambil menyebut alhamdulillah..alhamdulillah tak henti..Sekali saya buka mata saya nampak baby saya dipegang oleh nurse dan dibawa pergi untuk dibersihkan..saya dah tak larat dah masa tu..mereka keluarkan uri pula..saya hanya pejam mata..dan lepas tu bukaan saya yang koyak sebanyak 7cm dijahit & dibersihkan..saya dah tak terdaya masa tu..tak rasa apa dah.

Lepas tu baru suami dapat masuk tengok baby.. Mengalir airmata bila dengar suami azankan di telinga baby. Suami minta izin nurse untuk bawa baby ke luar, bawa berjumpa ayah saya yang sama-sama menunggu di luar wad bersalin.

Alhamdulillah. Syukur ya Allah untuk kelahiran anak sulung saya ini. Dan alhamdulillah dah 2 tahun pun anak sulung saya ni. :)

Terima kasih juga buat nurse & doktor di Hospital Kluang yang membantu sepanjang proses kelahiran anak saya.

InsyaAllah akan dikongsikan pula pengalaman melahirkan anak kedua di bumi Denmark. Beza, memang berbeza.