Friday, April 10, 2015

Pengalaman melahirkan anak sulung - bhgn 1

EDD: 7 Mac 2013

5 Mac 2013

Sempat lagi saya dan suami tawaf di JPO. Dah lama sebenarnya berhajat nak ke JPO bila balik Johor. Tapi parents tak berapa setuju bila saya nak ke sana sebab takut apa-apa hal jadi semasa dalam perjalanan. Saya pun menurut perintah aje. Jadi bila suami dah balik Johor, kami jalan-jalan sekitar Kluang saja. Sampailah tarikh 5 Mac ni, parents bagi green light nak ke JPO sebab hari-hari tunggu baby nak keluar tapi baby masih tak nak keluar lagi. Macam-macam pesanan orang tua saya bagi. Lepas tu setiap masa kena report/sms dah kat mana sekian sekian. Yelah, mesti risau kan.. Hehe

Habis satu JPO kitorang tawaf. Bukan beli apa pun. Cuci mata aje. Sambil exercise dengan harapan senanglah nak bersalin nanti bila banyak berjalan. Dan nampaknya baby masih tak mahu keluar lagi hari tu. Hehe

6 Mac 2013

10am
Saya dan suami keluar ke Kluang Mall. Sempat suami beli seluar jeans kat sana sebab ada sale. Hajat dia nak belikan adik bongsunya sekali tapi takde saiz pulak. Takde rezeki.. Dalam hampir tengahari kami pun balik ke rumah. Kami berdua je di rumah sebab parents di tempat kerja & adik saya di sekolah.

 2.30pm
Suami tengah tonton tv. Saya pulak baru nak masuk toilet. Tiba-tiba terasa basah & air mengalir kat kaki.. Terfikir jugak ' eh, terkucil ke ni?' Hehe. Tapi takkan banyak sangat terkucilnya. Bila makin banyak air keluar, rasanya dah tahu tu air ketuban. Terus suruh suami siap-siap nak ke hospital.

'Air ketuban dan pecah. Sedang bersiap nak ke hospital.'

Sempat saya sms parents saya sebelum ke hospital. Sesampai di hospital dan bagitau nurse yang air ketuban dah pecah, terus dia suruh saya masuk bilik untuk check bukaan rahim. Kali ni alhamdulillah dapat doktor perempuan kecil molek orangnya. Tak sakit pun masa tu dia seluk. Hehe. Bukaan dah 3cm katanya masa tu. Kena admit ward. Tapi kena tunggu sebab wad penuh masa tu. Jadi saya dan suami pun tunggu je lah diam-diam kat lobi wad bersalin tu. Masa tu tak rasa sakit apa pun lagi tapi tak boleh banyak bergerak sebab takut lagi banyak air ketuban keluar. 

4.30pm
Dipanggil masuk untuk ke wad. Saya disuruh duduk di kerusi roda untuk ke wad sebab agak jauh juga nak menapak dari wad bersalin tu. Masa waktu melawat, dapatlah parents saya jenguk saya bersama suami. Habis waktu melawat, suami bekalkan saya air kotak dan roti untuk bagi cukup tenaga masa bersalin nanti. Lepas tu tinggallah saya seorang bersama 3 orang yang lain yang tengah tunggu masa jugak nak bersalin dalam bilik wad tu.

8.30pm
Dah mula rasa sakit yang mild. Tak henti saya baca surah maryam agar dipermudahkan bersalin nanti.

11pm
Rasa sakit contraction dah makin menjadi-jadi sakitnya. Tapi saya tahankan jugak. Selagi boleh tahan, saya tahan. Asyik keluar masuk toilet aje. Darah pun dah mula turun masa tu. Tapi sebab takde pengalaman kan, jadi tak tahu pun tu tanda nak bersalin. Jadi masa tu tahan je la sakit selagi boleh tahan. Tengok orang kat katil sebelah pun duk mengaduh sakit...



Bahagian kedua akan menyusul kemudian..anak dah bangun mintak susu hihihi

Wednesday, April 8, 2015

Anak dah dua !

Punyalah lama tak tengok blogger ni, dari baru dapat baby sulung, sampai sekarang ni dah ada second baby dah pun. Alhamdulillah, anak sulung dah umur 2 tahun sekarang ni. Tiba-tiba takde angin takde ribut teringin pulak nak berblogging semula. Macam takde kerja lain nak buat kan? Haha.

Sebenarnya kerja banyak je nak kena buat. Dari tugasan jaga rumah, jaga keluarga, sampailah tugasan sebagai seorang pelajar. Dengan nak mengurus makan pakai suami, anak-anak, sampai diri sendiri pun kadang-kadang tak terbelek. Sungguh ! 

Tapi dah datang keinginan nak berblogging semula, kenalah pandai-pandai curi sedikit masa, bila rasa-rasa nak chill, rehat, atau bila anak dah tidur, barulah boleh bukak blogger ni.

InsyaAllah, akan dikongsikan pengalaman-pengalaman lepas, semasa, dan akan datang untuk ingatan, kenangan, dan mungkin perkongsian dengan sahabat stranger yang berkunjung ke blog ni.

Kena refresh satu-satu peristiwa ni, especially pengalaman melahirkan & membesarkan anak-anak. Memang wajib buat entry tu sebab tak nak memori tu hilang.. dan harapnya bila anak-anak dah besar, bolehlah diorang baca blog ummi dia ni. Hee.

Si jantung hati. Abang dan adik. Sewaktu adik baru berusia beberapa hari.

Tuesday, April 7, 2015

Check check 1..2..3

Teringin nak kembali aktif menulis seperti dulu.. bersungguh-sungguh cuba nak recover password blogger account yang dah lupus dari ingatan ni.

InsyaAllah akan kembali bersiaran dari bumi Viking!

Doakan punya waktu dan kelapangan !